Nampak’nya semakin menjadi jadi perang Twitter antara Rita Rudaini & adik ipar’nya, Zaquan Adha.

Yang menarik, Rita Rudaini sudah mula mendedahkan kelakuan adik ipar beliau yang di’dakwa tidak bermoral & kejam.


Melalui salah satu kenyataan Rita Rudaini melalui Twitter hari ini, Zaquan Adha di’dakwa pernah menjalin hubungan luar nikah bersama seorang gadis bernama M sehingga mengandung.

Suami kepada Ayu Raudhah itu kemudian di’khabarkan meminta supaya M mengugurkan kandungan beliau — dan salah laku Zaquan Adha ini sampai ke pengetahuan Rita Rudaini setelah gadis M itu sendiri datang mengadu kepada Aidil Zafuan. 

Susah juga sebenarnya kalau kisah keluarga sudah di’bawa ke dunia maya dan menjadi tatapan peminat satu Malaysia. Tulisan dan dakwaan Rita Rudaini masih ada jika anda ingin baca di Twitter.

Zaquan Adha dalam kenyataan kepada mStar Online meminta supaya Rita Rudaini berhenti melemparkan fitnah jahat sebegini kepada beliau dan menganggap ini sebagai satu cubaan memalukan individu yang di’kenali seperti diri beliau.