fbpx

Rita Rudaini Mahu Anak Jadi Al-Hafiz Sebelum Tutup Mata

Bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata kerana dialah ibu dan dialah bapa. Namun perkara itu tidak mustahil buat pelakon Rita Rudaini yang sudah lapan tahun memegang gelaran tersebut.

Kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak-anaknya, dalam satu perkongsian Rita meluahkan hasratnya untuk melihat kedua anaknya itu menjadi seorang Hafiz iaitu seorang penghafaz al-Quran.

BACA: Rita Rudaini Berang Anak Dibuli Sampai Kena Londeh Seluar

https://www.instagram.com/p/B6avKAcpxxF/?utm_source=ig_embed

“Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi Al-Hafiz sebelum mommy tutup mata. Anak-anak lelaki saham mommy di sana (akhirat). Insya-Allah moga diperkenankan oleh-Nya,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Rita turut berkongsikan video memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, sedang melakukan hafazan surah dalam al-Quran.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji dan mengagumi cara Rita mendidik kedua anaknya.

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna kini berusia lapan tahun.