Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mendapat pengiktirafan apabila diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana baru- baru ini.
Difahamkan, Puteri Sarah dipilih menjadi ikon ibu tunggal kerana memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana.
BACA: Puteri Sarah Dapat Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal
View this post on Instagram
Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan anugerah tersebut serta berpendapat pelakon Rita Rudaini lebih layak menerima anugerah berkenaan kerana sudah lama bergelar ibu tunggal serta cekal membesarkan dua anaknya.
Sementara itu, turut menjadi perhatian komen ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah Ismail yang mengatakan sama ada layak atau tidak ianya adalah atas izin Allah.