fbpx

Rita Rudaini Akui Bosan Bekas Suami Gagal Ke Mahkamah Sekali Lagi

Mungkin kerana terlalu bosan kerana perbicaraan asyik tertunda, Rita Rudaini baru-baru ini memuatnaik gambar beserta caption yang agak lucu namun dalam masa yang sama meluahkan perasaannya yang tidak habis-habis turun naik mahkamah.

BACA: Rita Rudaini Menyindir Nora Danish Di Instagram?

Rita Rudaini Bosan, Bekas Suami Gagal Ke Mahkamah Lagi - ROTIKAYA_in

Reaksi Rita itu mendapat pelbagai reaksi di bahagian komen yang rata-ratanya menyokong pelakon wanita ini malah ada peminat yang turut mempersoalkan mengapa Aidil tidak mahu menyelesaikan perkara ini dengan cepat.

Melihatkan kepada beberapa babak sebelum ini, bekas suami Rita, Aidil Zafuan pernah membuat laporan kerana Rita telah mendedahkan nombor telefon di laman sosial bagaimanapun perkara tersebut akhirnya diam begitu sahaja serta turut disifatkan sebagai sandiwara oleh Rita sendiri.

Malah selain daripada itu, pelakon ini juga pernah mempersoalkan kenapa Aidil masih lagi ingin menipu tentang perkara sebenar yang berlaku di antara mereka berdua. Kami pun tidak tahu bila episod di antara Rita dan juga Aidil akan berakhir namun berharap semuanya akan diselesaikan dengan penuh professional. (rtky/s)