Sebut saja nama pelakon yang kini meningkat naik iaitu Rita Nadira, ramai yang menyamakan wajahnya dengan aktres Rita Rudaini.
Memetik Harian Metro, Rita berkata sejak zaman sekolah lagi dia sudah biasa wajahnya disamakan dengan pelakon itu.
BACA: Tangan Anak Patah, Rita Rudaini Minta Netizen Henti Petik Nama Si Polan
“Kisah muka sama dengan pelakon itu dari sekolah lagi sudah dengar. Waktu itu Rita Rudaini sangat terkenal dengan filem Mami Jarum, jadi saya pun bangga apabila disamakan.
“Sehingga ketika saya melakukan ujian memandu ketika berumur 18 tahun, ada pegawai tanya adakah adik pelakon itu,” katanya.
Menurut Rita dia tidak pernah bertemu dengan aktres itu namun pernah berbual melalui telefon. Kata Rita, dia tidak kisah disamakan dengan aktres itu kerana baginya kedua mereka adalah orang yang berbeza.
“Ada satu hari itu saya menjalani penggambaran dengan pelakon Kartina Aziz, dia hubungi Rita Rudaini dan minta saya bercakap dengannya.
“Jadi, kami pun saling berkenalan dan masing-masing kaku tak tahu nak bual apa. Tapi, pengalaman itu tak boleh dilupakan. Jujurnya saya tak kisah disamakan dengan pelakon itu, sebab bagi saya kami adalah dua individu yang berbeza,” katanya.
Sementara itu, Rita menafikan dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Chubb-E, sebaliknya mereka hanya berkawan baik.
“Kami berdua hanya berkawan dan tiada sebarang hubungan istimewa pun. Apabila orang luar mendakwa kami sedang bercinta, kami layankan saja malah lebih seronok memuat naik kandungan baharu. Setakat ini kami berdua nak fokus kerja dulu. Saya pun belum terfikir ke arah itu lagi,” katanya.