Berita perceraian pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang memberikan kata-kata semangat.
Termasuk pelakon Risteena yang menitipkan pesanan buat Fattah agar terus kuat menghadapi ujian berkenaan dan dipermudahkan segala urusan.
BACA: Fattah Tak Tahu-Menahu Lagu Duet Dengan Fazura Bakal Lancar Khamis Ini
Menerusi perkongsian di Insta Story, Risteena turut memuat naik poster drama lakonan mereka berjudul ‘Playboy Itu Suami Aku’.
Isnin lalu, Semalam, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.