fbpx

Rimas Dituduh Penyondol, Shakilla Khoriri Ajak Wanita Bersemuka

Susulan masih dituduh penyondol, pelakon Shakilla Khoriri berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang meninggalkan komen tidak benar mengenai dirinya.

Memetik mStar Online, Syakilla berkata apa yang dilakukannya demi memberi pengajaran kepada individu di luar sana agar tidak bercakap buruk mengenai orang lain.

BACA: Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim

“Kadang-kala mereka ini perlukan pengajaran. Biarlah beri mereka popular sikit, mungkin boleh join the club naik court.

“Rimas orang bercakap fasal penyondol tetapi mereka tak tahu cerita. Sebelah pihak sahaja tahu cerita, saya yang jadi mangsa. Manusia sebegini kena beri pengajaran supaya otak mereka boleh berfikir secara waras sedikit,” katanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Syakilla dilihat ada memuat naik beberapa akaun palsu digunakan individu melemparkan fitnah terhadapnya serta mengatakan mereka ini tidak berani bersemuka.

“Depa ni paling tahu kehidupan saya jadi rasanya layak teman saya naik mahkamah untuk beri keterangan. Simpan duit, peguam sekarang mahal.

“Berani tapi bodoh. Kalau nak kecam pastikan guna akaun betul. Saya ajak jumpa masing-masing tak mahu,” katanya.

SUMBER: mStar Online