fbpx

“Riak Sangat Tunjuk Duit, Kena Rompak Baru Tahu”

Sebut saja nama Nur Sajat memang ramai sudah mengenali jutawan kosmetik cantik ini. Memang cukup popular dan sentiasa jadi perhatian.

Siapa yang mengikuti Instagram Sajat, memang tak akan rasa jemu untuk menonton aksi dan gelagat lucu Sajat yang sememangnya tidak mengecewakan.

BACA: Elak Baca Komen Netizen, Rahsia Sajat Kekal Bahagia

Tapi sejak kebelakangan ini, Sajat rajin kongsikan videonya sedang mengira duit hasil jualan kosmetiknya.

Sebelum ini seorang peniaga online cedera ditembak selepas sering membuat video secara langsung di Facebook sambil menunjukkan duit hasil jualan.

Berikutan itu, ramai yang menegur tindakan Sajat kerana ianya mungkin boleh mengundang bahaya.

Diharap Sajat ambil iktibar dari insiden yang pernah berlaku sebelum ini dan utamakan keselamatan diri terlebih dahulu. Paling penting, jangan sewenangnya kongsikan sesuatu kepada umum.