Rezeki Viral Bidadari Jual Pau, Bienda Tak Menang Tangan Layan Pelanggan
Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan wanita sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan menjadi perhatian netizen.
Rupanya wanita tersebut adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Susulan video tular itu, ada yang menggelar Bienda sebagai ‘bidadari’ yang sanggup berpanas demi mencari rezeki.
BACA: Tular Video Bidadari Cantik Jual Pau, Rupanya Penyanyi Bienda
Dalam temubual bersama mStar, Bienda berkata selepas perniagaan pau yang diusahakan bersama suami viral, dia tidak menang tangan melayan pelanggan.
Ditanya berapa tong dijual selepas videonya viral, Bienda bersama sebelum ini hanya dua tong terjual, sekarang enam hingga tujuh tong pau habis dijual.
Dalam pada itu, Bienda sempat mempromosikan pau yang dijualnya dimana harga pau tersebut sememangnya mampu milik dan paling murah.
“Harga pau kita ni antara pau paling murah dekat Malaysia. Harga pau mampu milik. Pagi-pagi orang datang beli.
“Bienda tengok dekat sini banyak orang yang susah, kadang-kadang datang beli pau sebiji, kita pun nak juga berkongsi dengan deorang, kadang-kadang kita belanja juga supaya masing-masing dapat rezeki,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
lawa tapi jual pau tepi jalan je, not for me. kalau nak cari lah yang educated sikit dan kerje dengan ada pangkat. baru future jamin
Muka cmni pun nk kecuh jakun, batak, senoi tul laa netizen bodo ni…
hatap muka je tapi tak de kelas.
oi,meniaga lg banyak duit dari kerja makan gaji.. cuma penat lah..hujan panas,kdg xlaku.. depends.. bab belajar,xpe ade high education,tp kena work smart..
Asal cntik lawa,viral kn.tp klu bruk yg ikhlas cri rzeki,ckit pn x pndang.ni la msia.asal retis jual je..lku.
Jgn sama kan dgn bidadari la. Mcm bini shuq ko sama kan dgn tangmo nido lah.
rezeki Allah dh bg, x boleh nk menidakkn.. korg pun belum tentu berani & x rasa malu nk jual tepi jalan. atleast harga tepi jalan utk org susah.. klau kau bangsawan pegi lah makan tempat lain . bodoh tu simpan . jgn tunjuk, sbb nmpk lg bodoh