Terdahulu, pelakon Zahnita Wilson mendedahkan ianya bukan kali pertama dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dia memuat naik gambar bahagian mata kirinya lebam.
Susulan perkongsiannya itu, ramai yang bersimpati dengan nasib bekas model itu. Namun rezeki buat pelakon itu melimpah ruah apabila pai jualannya mendapat perhatian ramai.
BACA: Zahnita Akui 20 Tahun Jadi Mangsa Kekasaran Suami
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 39 tahun itu memaklumkan dia sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang membuat pesanan.
Difahamkan, perniagaan pai yang diberi nama Zahnita Humble Pie sudah diperkenalkan oleh pelakon itu beberapa bulan lalu.
Sementara itu, suami kepada Zahnita Wilson hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.
Bagaimanapun, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
SUMBER: Kosmo