Polis Evo Letak Standard Baru Dalam Dunia Perfileman Malaysia
Berpeluang menonton filem menampilkan gandingan duo bintang popular negara iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjudul Polis Evo di dalam pawagam yang penuh dengan penonton baru-baru ini benar-benar membantu penulis untuk menilai penerimaan penonton terhadap filem terbaharu Astro Shaw ini. Filem cereka kepolisan bergenre aksi komedi ini diarahkan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar yang dikenali ramai sebagai pengarah video muzik yang profilik.
Kisah bermula di Kuala Terengganu apabila kematian seorang bekas guru yang kini disyaki memproses dadah menjadi titik tolak untuk Inspektor Hassani Majid (Zizan Razak) menyiasat tentang sebuah sindiket penjualan sejenis syabu yang lebih bahaya dari yang ada di pasaran. Dalam pada itu, supercop Inspektor Khai (Shaheizy Sam) yang juga sedang menyiasat sindiket syabu yang sama dihantar dari Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Dari minit pertama mereka tidak dapat bekerjasama dengan baik tetapi setelah saksi utama mereka berada dalam keadaan koma, serta kegagalan beberapa operasi dan akhirnya keluarga Inspektor Sani sendiri dalam bahaya; mereka terpaksa ketepikan perbezaan dan terus berusaha menyelesaikan kes ini.
Selama dua jam menonton filem ini, boleh dikatakan pengisiannya padat dan pantas. Konflik yang dipaparkan juga tidak terlalu rumit dan senang difaham, terutama bagi penonton kanak-kanak biarpun saya harus beri kredit kepada team penulisan skrip yang seramai empat orang kerana berjaya menulis skrip cereka kepolisan yang mempunyai sentuhan intelektual dan ada ‘attention to detail’. Polis Evo ternyata tidak mengamalkan ‘preaching storyline’ bagi memberikan kefahaman dan kesedaran kepada penonton tetapi ia lebih bersifat menguji perhatian penonton terhadap isu jenayah dan sosial menerusi subtle text dan plot berdasarkan ‘clue by clue’ dan bukan hanya rangkuman hipotesis. Naratif yang kuat ada pada Polis Evo berjaya mengangkat filem kepolisan ini kepada standard ‘feel good movie’.
Pun begitu, penulis mengakui isu narkotik yang dibawa kali ini tidak seberat isu penyeludupan manusia yang Ghaz bawakan dalam filemnya yang terdahulu ‘ Tokan’ (2013). Mungkin bagi mengimbangi aspek komersial, pengisian kali ini amat seimbang dari aspek komedi, romantik, aksi dan drama namun harus diakui, plot yang mudah dapat ditulis dengan baik menerusi perhatian kepada kekemasan skrip dan penonjolkan arahan seni yang meyakinkan.
Dari aspek teknikal, sinematografi dan suntingan filem ini layak diberi pujian. Ditangani oleh pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) yang lalu, Harris Hue berjaya memberi kepuasan sinematik kepada penonton dengan shot-shot yang kemas, rapi dan ‘fast-cut’. Peralihan dari setiap babak ke babak menampakkan relatif dan pemilihan lokasi yang cantik di sekitar negeri Terengganu berjaya dieksploitasi secara baik oleh Harris. Mengenali Ghaz sebagai seorang pengarah video muzik yang ada ‘taste’ dalam beauty shot sebelum ini, hasilnya gabungan idea Harris dan Ghaz berjaya melahirkan gambar yang minimalis tetapi mempunyai cukup perisa dari aspek cinematic & komersial. Bahkan ia sebenarnya berperisa Hollywood ala Micheal Bay (rujuk filem Bad Boys) tetapi disesuaikan dengan aspek Malaysiana.
Tak cukup dengan itu, kekemasan suntingan bunyi dan skor muzik menjadikan filem ini bukan sekadar kuat dari aspek penglihatan semata-mata, tetapi jua aspek pendengaran. Dengan bantuan skrip yang kuat, sinematografi yang meyakinkan saya kira suntingan untuk filem ini kemas dan tidak bercelaru seperti kebanyakan filem Melayu yang hanya panas 30 minit pertama dan akhirnya lemau di pertengahan cerita. Cuma kalau boleh saya katakan, terdapat pemilihan beberapa lokasi di dalam filem ini amat ‘familiar’ dan sering diguna dalam filem lain dan nyata bukan terletak di Terengganu tetapi itu tidak begitu menjejaskan mood.
Aspek cinematic touch ini wajar diangkat bagi pembikin filem bagi mengurangkan persepsi filem syok sendiri yang sering dilabel kepada karyawan sebelum ini. Polis Evo mempunyai cinematic touch tidak hanya dari aspek teknikal tetapi juga persembahan lakonan. Sam ternyata memberikan lakonan yang meyakinkan tetapi Zizan sebenarnya lebih mencuri tumpuan menerusi kematangan lakonan beliau. Mungkin watak ini dekat dengan beliau kerana juga berasal dari Terengganu, tetapi aspek penyampaian emosi dalam filem ini ternyata tidak lagi splastik seperti selalu, sebaliknya dikuatkan dengan dialog-dialog sarkastik dan emosi kekeluargaan yang kuat. Bakat lakonan Zizan berkesan dengan scripted comedy sebegini berbanding lawak spontan tambahan bentuk lakonan minimalis dalam filem ini boleh dibanggakan.
Biarpun pada awalnya dijangka isu pertembungan karektor polis ini bakal klise seperti kita biasa lihat dalam filem Hollywood (seperti The Other Guys), tetapi menuju pertengahan, isu itu sekadar menjadi pengukuh jalan cerita dan tidak disampaikan secara ‘over’.
Terdapat ramai pelakon berkarekter yang menyerikan filem ini dengan membawakan watak polis dan antagonis. Husyairy Hussain (Bunohan, Tersasar Di Jalanmu) membawakan watak kepala penjahat memberi lakonan yang berjaya memperkuat jalan cerita manakala lakonan pelakon baru Pablo Amirul (Sniper) sebagai Jimbo sebenarnya wajar diberi perhatian. Kelibat pelakon yang regular di MIG ini ternyata digunapakai sepenuhnya dan tidak sekadar tangkap muat. Penampilan aktres Nora Danish sebagai watak Anis, adik kepada Inspektor Sani juga boleh diberi pujian kerana usaha yang ditonjolkannya dalam menyampaikan dialog dengan dialek Terengganu.
Juga kita dapat melihat kekuatan Nora di dalam lakonan bergenre komedi. Lebih lagi, pelakon –pelakon yang membawa watak keluarga Inspektor Sani (Kamaliah Mat Dom & Eyka Farhana) juga berjaya menonjolkan chemistry yang baik. Biarpun sekadar cameo, lakonan pemenang FFM yang lalu, Amerul Affendi berjaya mencuri tumpuan cuma sayang watakknya tidak dikembangkan. Filem ini juga menampilkan lakonan kali terakhir seniman Harun Salim Bachik sebagai ASP Mokhtar, dan seperti biasa lakonannya menghiburkan.
Harus diakui dialek Terengganu antara dialek yang agak sukar ditiru oleh pelakon bukan lokal, tetapi dalam filem ini berjaya menyampaikan persembahan secara minimal tanpa memperlekehkan Melayu luar bandar (seperti kebanyakkan filem tempatan lain) tetapi mengangkat karekter-karekter ini kepada satu bentuk frasa ‘ketenangan’ dan ‘alternatif’ terbaik bagi orang kota untuk saling mengenali. Filem ini juga mengambil pendekatan membuat pengasingan dialek bagi watak antagonis (dengan dialek Terengganu Utara, yang berbaur Kelantan) dan watak protagonist (dengan dialek Terengganu standard) yang mana ia sangat relatif kepada aspek geografi yang dipaparkan di dalam skrip.
KESIMPULAN
Polis Evo boleh dikatakan sebuah filem aksi yang boleh dibanggakan tahun ini dari aspek koreografi aksi , sinematografi dan sentuhan sinematik. Koreografi yang dipaparkan dalam filem ini tidak terlalu imaginatif tetapi lebih realistik biarpun bergerak dalam tempo komikal. Kita tidak melihat Jackie Chan yang berlebihan, kita juga tidak melihat Jason Statham di dalamnya tetapi aspek Malaysianya ada. Gandingan duo Sam-Zizan nyata bersahaja, tidak terlalu heroic dan banyak memberi laluan kepada perkembangan cerita daripada perkembangan watak.
Biarpun Sam memberi kerjasama penuh dengan menampilkan bentuk fizikal yang didambakan atau surealistik bagi karekter polis tetapi harus diakui Zizan Razak sebagai Inspektor Hassani Majid sebenarnya sensible kepada senario sebenar kepolisan Malaysia. Mungkin atas sebab itu watak Inspektor Khai diwar-warkan sebagai Supercop biarpun menurut penulis supercop sebenar ialah watak polis yang average tetapi bangkit di penghujung cerita. Polis Evo bagi saya memberi harapan baru kepada filem komersial di Malaysia. Cukup rencah, cukup rasa, sesuai ditonton semua. Saya beri 4 BIJI ROTIKAYA!
TAK NAK TENGOK SEBAB ADA SI ZIZANG
hoi melati, nakk aku buat report jgn kluar kan cerite ni ke??? adoi…
Roti Kaya x payah la citer…spoil lah.
I nk pergi nengok petang ni.
Layan!!!…..the best in 2015. Yang mengutok disini layak tengok cerita David Teoh je. Itulah cerita korang…cerita rempit yang takde hasil pada negara dan minda.
sama la, x menghampakan. malah puas. best la.
gempak sangat…..terbaik la.
X puas dgn watak Mak Yam….lelaki lembut tu. Sikit sangat. So funny…..you nailed it. Hahahahahaha
Ayoooo, cerita ni. Sesuatu jew. Tahniah semua.
Takde adegan2 percintaan yg karot marot dan tak meleleh.
5 star Kiah kasi.
Standard Bollywood….si Ghaz pengarah ni memang gempak la lu bro. Kipidad.
Mimi Ernida tu….wau. Santek giler dia. Ada harapan la naik.
siapa yg belum tengok tu tolong jgn mengata. BEST GILER KOT CERITA NI!! aku yg tak berapa nak suka kat si shaheizy sam tu pun boleh enjoy cerita ni. best ah, ala2 filem hollywood. takde momen yg membosankan langsung. eyka farhana cantik sgt dlm cerita ni, tambah cantik pakai tudung. cuma kat luar seksi sgt. muka pun iras2 amyra rosli.
cerita ni saya bagi 4 bintang!!
berilah sokongan yg padu ..bukan berikan longgokan hempedu yg pahit utk sesama kaum kita..jgn berburuk sangka sentiasa berbaik sangka walaupun anda berada dibelakang skrin. kasi sokong terhadap org2 disekeliling kita..dan wayang kita. kerana itu adalah doa kita..berbaik sangka maka kun faya kun jd doa yg baik..berburuk sangka kun faya kun nti akn jd yg kita tdk sukai jd buruk ke atau yg lain2 ..
wallahualam..renungkan…enjoy the movie. kite patut bangga ada filem mantap macam ne…utk kita semua dn utk diri sya juga. tahniah untuk semua yg buat filem nie.
assallammualaikum.
Memandangkan byk komen2 positif psl filem nie….mmg kena pergi tgk la macam nie…
yolah, balik2 hantu…setan, rempit, lawak bodoh, kak limah….choi sangat la.
BANGANG
kau pergi masuk beutiful nara tu la wey, datang sini buat per. saja nk buat bodoh?
ni sekor berok terlepas…semak je. duduk diam2 la kalauxnk tengok. kau layak layan drama sinetron je.
Ko ingat org buat cerita untuk ko sorang tengok ke???
Ade setan di kepalanya …
minat nora, tapi sama la x suka si hidung ni.
ngape ada 2 hero katek ni, sorang dayus, sorang lg gila seks..
melayu..tipikal. x habis2 nak buat onar dan pitenah.
give it a rest bitch.
woi, nk kutuk orang pun agak2 la.
melayu biasa la, orang cakap pasal wayang dia sibok menfitnah.
best ke, tengok biase je.. balik2 tu je la gaya 2 ekor ni.
hey bitch, just put your tongue in my ass.
perlu ke bitchy. x tengok senyap dah ler. bahlol bitch.
xnk tengok sudah…shut the fark up la.
best la cte ni.. mcm hollywood..I think, org kt ats ni sume yg sama je..ko dh tk suka kt hero, then just look at d movie jela idiotss.. dorg pn dh untung juta2..ko ape ader..menyalak je kt sini
mcm best je..cerita ni…nak tengoklah..lalala
dah tengok..best jln citernyer tak bosan.. watak Mat Yam skit tp blh thn gediknya
untuk penulis review:
typo error
*prolifik
*slapstik
hehe.. jangan marah!
yup, memang tahap hollywood. ghaz abu bakar just set the benchmark higher!
kudos to him and the rest of the production team!
untuk komentar yang tak suka orang tu, tak suka orang ni, korang buat lah movie sendiri haha!
Film macam nilah baru power ada trill orang nak pergi tengok macam Mission Impossible daripada film tak habis-habis novel cinta naik bosan orang tengok. Amacam korang yang suka sangat kritik artis daripada korang kritik artis bertambah dosa kan lebih baik korang comment mana satu film yang korang lebih suka KL Gangster vs Polis Evo.
love zizan …
Opah terjebak. Atok bawak Opah…..pening kepala Opah pikir kenapa tapi Opah rasa puas time keluar panggung. Opah dah lama tak masuk panggung. Rasa mcm zaman dulu2 waktu memuda. Asyikkkkk sangat. Opah rasa Atok tu nak tengok Nora Danish la tu.
mak yam…mak yam….mak yammm !!! suka mak yam dlm citer nie.
No more rempit. Rempit dah nk pupus. Syok gile.
2.5 juta 4 hari…best ler tu.
Best sangat!!!!!
terbaikkkkk itu je aku nk tulis..terima kasih
ye ke best? atau korang yg bad taste?
im lovin’ it…katanya.
Thank you Ghaz dan Harris. You guys rawk.
hati iols terbukak utk nonton kat panggung….mesti ramai abang2 sahdo…..
Sentuhan Ghaz ramai cakap tak pernah mengecewakan. Dia punya teknik lain sikit. Tengok trailer nampak cantik dan menarik. Tapi, haram EVO tu masih aku tak dapat…..pemende? Evolusi? Evolution? Last nengok citer Melayu kat panggung, Ombak Rindu je.
time wan hanafisu cakak ganu tu x pahei lah hambo….. :(
woww.. besh la.. aksi shoot shaheizy sam.. da mcm citer polis hongkong..
macam kekok je nora danish cakap ganu..udoh bunyi neyh.
Esok 1 Zulkeadah….
Baru balik tengok. Best …terbaik. Mantap…
kes ragut wan maimunah pun xsettle lg…dh buat citer len…
ak nk tgk kesudahan peragut wan maimunah…
Suke tgk ketua ggangster tu… yg rambut kriting tu….erk yg tu pelakon (tuju lagu -dlm citer hantu kak limah balik rumah?
Tak sngka bole lakon serius…nk tgk askar plak…
Past ni wat lak citer polis vs askar (bdasrkn kisah benar kat sabah)pencerobohan
buat filem ala hindustan pulak…Najib lawan Mahathir.
Semah lawan Umie Aida
k bai.
looks promising. tapi watak utama tu je la. balik2 muka yang sama. faham sbb diorg ada market. but seriously guys, xboleh ke lari sket dari sikap opportunist tu.. give a chance to someone yg better than them. its a lot out there..
Besat sangat tahap macam kimak!!!
x tgk lagi.. tp semalam astro buat tayangan perdana..
mcm not bad. definitely bukan typical malay film.. baguslah ada jugak karyawan yg bijak sket dpd yg biasa..
good job
evo rupenye kete tu diorang pakai. pape pun mmg best giler puas hati bg 10 bntang! yeayy
Msh x fhm evo tu psl ape?evolusi filem kah?klu filem,ptt revolusi..sbb mmg gempak.
evo psl kete kah…x nmpk mcm evo pun.
tp overall best,ala2 flm police story..berbaloi byr tiket wyg..btw,x minat zizan n sam tp dorg bjaya bwk watak dorg dgn baik.
Tahniah kpd watak geng2 jahat terutamya ktua geng n mat yam..dorg mmg best..x control hensem.
Terbaik..mmg best citer ni…setanding citer luar negara..saya bg 5 bintang…
Peergh ..pelik aku mcamana org boleh puji melambung…crita klise,lemah kot….byak adegan xlojik,..crita tlalu cepat,..indah kabar dari rupa..bagai langit dengan bumi nak banding dgn KL gangster
U ni mesti mat rempit @ gangster.. Tu yang tak minat polis.. :p