Review: Cinderella
“Once upon a time..” Kisah asas Cinderella yang kita semua pernah tahu ialah mengenai seorang gadis yang didera oleh emak tiri dan 2 orang kakak tirinya. Ia juga sangat diingati tentang sebelah kasut kaca miliknya yang tertinggal selepas meninggalkan majlis keraian di sebuah istana. Puncak cerita Cinderella yang paling best ialah dia akan berkahwin dengan seorang putera raja setelah berjaya membuktikan bahawa dialah pemilik kasut itu. Akhirnya, Cinderella akan bahagia untuk selama-lamanya.
Lantas, persoalan utama sebelum saya menonton filem ini ialah mampukah filem ini yang diadaptasi dari kisah Cinderella itu yang saya sudah tahu penyudah ceritanya akan menghiburkan saya? Adakah Disney sekadar mahu mengaut keuntungan dari filem kitar semula filem animasi terbitannya yang terdahulu?
CINDERELLA (2015) ialah sebuah filem yang diinspirasikan dari rujukan kisah-kisah dongeng Cendrillon (1697) tulisan oleh Charles Perrault dan Aschenputtel (1812) tulisan oleh Brothers Grimm. Filem ini juga merupakan olahan semula dari filem animasi muzikal terbitan Disney dengan judul yang sama Cinderella (1950). Kali ini filem versi fantasi romantik arahan Kenneth Branagh dan skrip oleh Chris Weitz menambahkan asal-usul kisah keluarga Cinderella di bahagian awal serta memperkemaskan lagi pengembangan serta penamat kisah dongeng itu. Namun begitu jangan risau, filem ini begitu setia kepada kronologi asli kisah dongeng Cinderella yang kita pernah dengar.
AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler, baca dengan risiko sendiri.
Sinopsisnya begini. Cinderella mengisahkan kanak-kanak bernama Ella (Eloise Webb) yang dibesarkan dengan penuh kasih-sayang dan dididik dengan baik oleh kedua ibu bapanya. Beberapa tahun kemudina setelah kematian Ibunya (Hayley Atwell) lantas Bapa Ella (Ben Chaplin) berkahwin dengan seorang janda anak 2 iaitu Lady Tremaine (Cate Blanchett). Kemudian selepas kematian bapanya pula, maka Ella (Lily James) yang sudah dewasa terpaksa berkongsi hidup di rumahnya sendiri dengan keluarga tiri yang ‘evil’ itu. Apakah kesudahan cerita Cinderella itu? Cuba anda teka!
Selepas menonton filem ini, saya segera menonton versi animasi Cinderella (1950) di youtube untuk menilai sejauh mana Disney telah mengadaptasi ke versi terkini? Nampaknya, tidak jauh berbeza dan sudah tentu lebih baik. Cuma kali ini ia tidak mengetengahkan kisah konflik di antara watak-watak tikus dengan si kucing Lucifer.
Ia lebih serius menyorot kisah realisme watak Cinderella yang diberikan nama Ella walaupun masih mengekalkan babak-babak magikal fantasi yang sama. Yang menariknya, nama gelaran ‘Cinderella’ dalam filem ini berasal dari sesuatu yang ditambah kepada nama Ella oleh kakak-kakak tirinya.
Dua bahagian cerita yang diperkemaskan ialah latar keluarga Elle di awal cerita dan bagaimana pertemuan kali pertama Ella dengan Kit semasa berburu. Watak Ibu Ella yang menjadi rujukan pengembangan perwatakan Ella yang mewarisi sifat ibunya yang baik budi pekerti ditampilkan di permulaan kiash.
“Have courage, and be kind” itulah pesanan Ibunya yang menjadi pegangan hidup Ella walaupun betapa perit seksaan fizikal dan emosi yang diterimanya. Mungkin pejuang feminisme merasakan Ella seperti begitu naif dan menadah hadap sahaja tidak melawan, tetapi pesanan Ibunya dan wasiat Ayahnya supaya mewarisi rumah itu menjadi kekuatan watak Ella untuk bertahan. Lagipun ini filem fantasi Cinderella ok!
Nadi utama yang menghidupkan pengkisahan filem Cinderella ialah pelakon muda cantik Lily James sebagai Ella. Persona yang Lily berikan berjaya mengisi acuan perwatakan Cinderella yang nampak lebih dipercayai dan berdikari. Walaupun kadangkala bila saya fikirkan semula dan merasakan bahawa Ella seperti gadis yang agak psiko kerana ‘bercakap’ kepada tikus-tikus dan haiwan lain? Kan! Namun begitu, kerana ini filem fantasi dan ada magikal ahli sihir The Fairy Godmother lakonan Helena Bonham Carter maka saya terima ia seadanya. Saya percaya bahawa Lily James ialah ‘darling’ Hollywood yang bakal meletup lagi namanya di masa akan datang.
Filem ini juga dikuatkan lagi dengan penampilan Cate Blanchett sebagai Lady Tremaine, ibu tiri Ella. Ditambah perisa dengan watak-watak kakak tiri Ella iaitu Anastasia (Holliday Grainger) dan Drizella (Sophie McShera ) yang ditampilkan menjengkelkan dan kurang bijak tetapi kelakar. Tarikan penting filem ini juga ialah Richard Madden sebagai Prince ‘Kit’ Charming yang begitu secocok digandingkan dengan Ella dan sudah pasti menjadi gula-gula mata para gadis yang suka berfantasi seseronok menjadi Cinderella. Di samping itu, watak-watak lain yang diangkat juga dari filem animasi iaitu The King (Derek Jacobi) dan Grand Duke (Stellan Skarsgard) diberikan kisah konflik politik dalaman istana yang ok.
Menonton filem ini yang juga mengujakan saya ialah menyaksikan betapa kegigihan produksi Disney merealisasikan busana-busana zaman era 1940an dan 1950an rekaan Sandy Powell yang disuntik dengan elemen kreativiti seperti di dalam filem animasi asalnya. Begitu juga rekaan set-set rumah Ella dan istana Kit yang begitu bersungguh-sunguh menjadi keutamaan filem-filem Disney sebagai pentas filem-filem terbitannya. Nilai produksi yang terperinci itu mampu membawa penonton tenggelam ke dalam dunia fantasi Cinderella di sepanjang durasi tontonan.
KESIMPULAN
“..and they lived happily ever after.” Secara peribadi, saya merasakan bahawa ya! versi filem ini begitu berjaya menghiburkan saya sekeluarga dan tidak sia-sia Disney membikin semula kisah dongeng Cinderella yang memang klise dan kitar semula, tetapi ia dihasilkan dengan kualiti yang tinggi. Walaupun mungkin anda terfikir apakah saiz kasut Ella itu terlalu unik sehingga semua rakyat jelata tiada yang sama saiz? namun anda masih akan menyukai filem ini yang selayaknya saya berikan 5 BIJI ROTIKAYA.
Korang ada nampak tak selipar jepun sebelah kanan saiz 5 yang aku tertinggal kat dewan bandaraya kl semalam? Aku kena balik sebelum pukul 12 malam sebab kalau tak kang kena timpak dengan mami. So arini dah puas aku bertanyakan tikus cencorot kat bawah longkang tapi sekor pun tak paham aku cakap mende. Sape jumpa tolong cari aku yea – kalau boleh aku harapkan seorang putera raja yang pulangkan slipar aku tu lalu propose utk menikah dgn aku la la tu jugak. Weeeeeee~
terbaik..10 bintang
Cerita dongeng paling best zaman kanak2 hehehe http://gollumpus.blogspot.com/2015/03/movie-review-cinderella-2015.html
Cerita ini memang the best…. Terbaik…
Cerita ni memang terbaik. Rasa macam perfect sangat. Rasanya kasut tu FairyGodmother bagi esklusif untuk Cinderella je. Maknanya orang lain tak boleh pakai. Bukan istilah saiz lain.
Suker giler dengan kostum, scenery,, rasa macam puas tengok cerita ni.
Aku tak rasa die pscycho sebab ada je orang cakap dengan binatang macam kucing, cuma bezanya dia cakap dengan tikus yang semua orang geli tu.
Die punya magic tu aku suka sebab boleh dikatakan logic sket berbanding versi2 lain.
Saya sukaaaa cite nieee best sgt… walaupun cite dongeng tetapi tak jelak tgk… bole tgk berkali2…. byr berkali pun tk pe tgk cite mcm nie tenang jer tk stress…hehehe
Bestt..walo citer dongengan tp byk pengajaran
Ntah la.. Aku nyaris tido tengok cerita ni.. Mungkin terlalu high expectation kot.
Jalan cerita memang dama je tak dapat dinafikan.. Kalau cakap dari segi set/ costume/ special effects aku rasa typical disney je.. So aku expect macam kalau la scene yang dia nak highlight supaya filem ni diingati aku rasa babak fairy god mother tu. Aku expect part cinderella transform jadi cantik tu production filem buat lagi hebat dari ni. Sepatutnya babak ni la diorang buat wow giller.. Tapi aku tengok macam tak wow pun.. Biasa biasa je. Sebab part ni la pun cerita cinderella ni di ingati as fairy tale, part lain tu takde benda pun, baik tengok bawang putih bawang merah kalau camtu.
Mak tiri cinderella tu pun sepatutnya character nya dikembangkan.. Cate blanchet kot.. Rugi ambik dia kalau tak utilise kan bakat dia sepenuhnya.
Dan aku tak rasa pun pelakon utama cerita ni akan jadi ‘darling’ hollywood katanya… Memang tak la weih rotikaya oiii..
cumanya, yg aku rasa bagus ialah the glass slipper tu je. Version kali ni memang nampak detail. kaca tu aku nampak texture dah macam diamond dah, baru la ada class.. Kalau compared dengan glass slipper version sebelum ni semua nampak macam kaca transparent murahan..
Best..
Tak bosan2 lah tgk cite ne..
so perfect film…..
best sangat…