Mengikat tali pertunangan pada Mei lalu, Remy Ishak menafikan status tunangnya, Ezza Yusof itu seorang janda. Selain itu, Remy juga tidak membenarkan tunangnya itu memberikan sebarang kenyataan kerana tidak mahu beliau tertekan dengan cakap-cakap orang.
BACA:: Drama Makin Popular, Tunang Remy Ishak Jadi Viral
“Ada viral ke tentang dia dah kahwin? Saya tak tahu pula. Tapi apa boleh saya kata dia belum pernah berkahwin. Sebab tu saya selalu pesan supaya dia tak perlu layan sangat gosip begini, nanti dia yang akan tertekan”
“Saya berpesan kepada Ezza supaya jangan layan sangat apa orang kata dan tak perlu keluarkan sebarang kenyataan. Niat saya bukan mengongkong tapi nak elakkan salah faham dan tak mahu dia fikirkan tentang gosip begini. Biarlah saya seorang yang lalui,” katanya kepada m Star Online.
Kenyataan itu dibuat berhubung dengan dakwaan mengatakan tunang Remy berstatus janda berikutan sering memuat naik gambar bersama seorang kanak-kanak. Tidak lama kemudian, Ezza menafikan hal itu dan menjelaskan budak itu adalah anak buahnya. (rtky/w)