fbpx

Remy Ishak Belum Tetapkan Tarikh Perkahwinan

Kalau masih ingat, pernah suatu ketika gambar pertunangan Remy Ishak dengan seorang wanita tersebar di media sosial. Difahamkan majlis itu dilangsungkan secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga sahaja. Bagi Remy, beliau akui bersikap konservatif dalam hal itu dan punya alasan tersendiri.

“Saya mengakui agak bersikap konservatif dalam hal ini. Lagipun Islam sendiri tifak menggalakkan umatnya untuk menguar-uarkan mengenai pertunangan. Hanya keluarga terdekat yang saya maklumkan ketika itu. Majlis pertunangan juga adalah peringkat seterusnya selepas berkawan”

“Kita sendiri tidak tahu ujian yang mungkin melanda sepanjang tempoh pertunangan. Namun sekiranya sudah ada tarikhnya nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi mengenai perkahwinan kami,” jelasnya kepada Berita Harian Plus mengenai perkenalannya selama tiga tahun.

Bagaimanapun Remy memberitahu, setakat ini kedua belah keluarga masih belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka. Terdahulu Remy didakwa telah bertunang dengan seorang gadis Pahang bernama, Roszaliza Yusof. Majlis itu telah diadakan secara kecilan di kediaman tunangnya, Pahang. (rtky/w)