Pelakon Hannah Delisha menyifatkan aktor Redza Rosli seorang yang pemalu dan menghormati pelakon berhijab apabila mereka pertama kali bergandingan dalam drama Di Hatiku Ada Kamu.
Memetik Kosmo, Hannah berkata setiap kali melakonkan babak yang memerlukan dia memegangnya, Redza akan meminta izin terlebih dahulu.
BACA: “Jumpa Di Syurga Nanti Sayang” – Hannah Delisha Keguguran
“Redza dia seorang yang tidak banyak cakap sama seperti saya, jadi kami agak kekok pada mulanya, tetapi selepas dua minggu sudah okey.
“Mulanya saya bimbang juga kerana tidak pernah bekerja dengan Redza tetapi dia sangat profesional dan menghormati pelakon berhijab.
“Setiap kali ada babak yang memerlukan dia pegang seperti bahu saya, dia akan minta izin. Sebagai pelakon yang profesional selagi adegan tersebut masuk akal saya okey,” katanya.
Sementara itu, Hannah berkata mereka berdua sudah berkahwin sudah tentu lebih menjaga batas dan profesional apabila bekerja. Malah, Hannah berkata akan ada drama lagi dimana mereka bergandingan.
“Saya terharu dengan keprihatinan Redza, dia sangat menjaga batasan. Mungkin juga dia pun telah berkahwin jadi, dia memang mengambil pendekatan untuk tidak terlalu dekat dengan saya di set penggambaran.
“Cuma dalam drama ini kami adalah pasangan kekasih jadi tidak boleh juga terlalu kekok. Walaupun saya juga jenis pemalu dan tidak bercakap dengan orang, saya mengambil inisiatif untuk berbual bagi wujudkan keserasian.
“Alhamdulillah kami berdua profesional apabila bekerja dan boleh serasi. Selepas ini akan ada lagi drama gandingan kami berdua,” katanya.
SUMBER: Kosmo