fbpx

Reda Tiada Jodoh, Iqbal Putus Asa Kahwini DSV?

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak dipersetujui oleh Cik B. Terbaru, Iqbal reda sekiranya tidak bertemu jodoh serta tidak akan berkeras lagi untuk menjadikan Vida sebagai isterinya.

BACA: Iqbal Dedah DSV Menangis Tak Makan, Fikir Tentang Cik B

Kata Iqbal, dia perlu menghormati perasaan Cik B dan Kacak serta menjaga maruahnya kerana selama ini dia yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk berkahwin.

Ujar Iqbal lagi, dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap Vida namun dia bimbang adakah Vida sanggup bersamanya disaat dia jatuh mahupun ketika sakit.

Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf di atas kisah cinta mereka yang tular di media sosial sehingga berlarutan sejak sebulan lalu.