fbpx

Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan buat pelakon Raysha Rizrose yang sah bergelar isteri pelumpa kereta Formula 2, Nabil Jeffri dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Memetik Media Hiburan, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.

BACA: 10 Tahun Bercinta, Raysha Rizrose Bakal Kahwin Dengan Kekasih

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran dibalas jumlah yang sama.

Cantik menawan mengenakan busana putih rekaan Teh Firdaus, Rasya meluahkan rasa segala perancangan berjalan dengan lancar. Rasya juga berharap dengan melangkah ke fasa baru akan mematangkan dirinya dan juga suami.

“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan.

“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.

“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya.

Raysha sempat berkongsikan dia dan suami berkenalan pada tahun 2013 di laman Twitter ketika itu dia masih menuntut di sekolah menengah.

“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.

“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,”katanya.