fbpx

Sekali lagi kami nak tayang promosi yang korang boleh dapat musim lebaran ni. Kali ini Gamuda Land tayang promosi dari hal rumah sampai lah ke konsert selebriti kesayangan korang.

Rugi banyak kalau korang abaikan apa yang Gamuda Land bagi ni. Meletops habis. Time ni juga lah bab rumah ada promosi yang kaw-kaw. Korang yang ada plan nak rumah sendiri tu jangan lepaskan peluang ini.

Okey kami tak nak cakap banyak, tiba masanya untuk kami tayangkan apa yang Gamuda Land nak bagi kepada korang!

Konsert STARS of Eid Live

Gamuda Cove, 6 Mei, 5 petang sehingga 9 malam

Bersempena dengan Raya ni, Gamuda Cove akan ada bakal mewarnai hari korang.

Korang kena save the date kerana kali ini Gamuda Gove akan bawakan selebriti kesayangan korang, Dayang Nurfaizah.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan sedap sambil layan konsert selebriti terkenal ini. Jangan lupa ajak semua ahli keluarga korang, sebab masuk adalah Percuma!

Gamuda Gardens Experience Gallery, 14 Mei, 12 tengah hari sehingga 9 malam

Buat korang yang nak rasa suasana alam sekitar dan sukakan suasana yang segar, jangan lupa sertai Gamuda Gardens pada 14 Mei ini.

Di sana nanti korang akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti bazar raya, petting zoo, hari terbuka Xploria dan banyak lagi lah. Jangan tak tahu, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan yang pasti memukau oleh Faizal Tahir dan Shiha Zikir.

twentyfive7 Experience Gallery, 20 Mei, 9 pagi sehingga 6 petang

Pada 20 Mei, anda berpeluang menyaksikan persembahan Ning Baizura dan Shiha Zikir di twentyfive7 dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyikan lagu popular mereka seperti “Awan yang Terpilu” bersama-sama!

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti dan permainan mesra alam bertemakan wetlands yang sesuai untuk semua peringkat umur. Anda boleh bermain permainan dengan rakan-rakan atau keluarga serta belajar tentang kepentingan ekologi dalam cara yang menyeronokkan.

Untuk yang lebih berminat, terdapat juga bengkel mesra alam yang mengajar cara-cara bercucuk tanam, seperti menanam cendawan dan sayur-sayuran lain. Anda juga berpeluang mencuba hidangan sihat yang disediakan untuk menambah pengetahuan anda tentang makanan organik. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menjalin hubungan dengan alam sekitar dan mendapatkan pengalaman yang berharga!

Jade Hills Experience Gallery, 21 Mei, 5 petang sehingga 9 malam

Bukan itu sahaja, korang juga akan bertentangan mata dengan Shiha Zikir, Funky Fresh Dance dan penyanyi rock ELLA, Property Talk oleh Ahyat Ishak, Raya food truck bazaar pada 21 Mei 2023 di Jade Hills. Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat dapatkan tawaran hebat di majlis raya Gamuda Land itu nanti.

Ha sebelum kami terlupa, korang juga boleh sertai peraduan mencari ketupat tersembunyi secara online DI SINI.

Caranya mudah jer, korang hanya perlu ikuti langkah di bawah.

1. Daftar untuk bermain
2. Cari 10 ketupat tersembunyi
3. Top 10 pemenang terpantas akan memenangi hadiah wang tunai RM1k setiap seorang.

Anda juga tidak ingin melepaskan peluang untuk memenangi hadiah istimewa di Experience Gallery Gamuda Land! Walaupun jenis hadiah ini masih dirahsiakan, anda boleh mencuba nasib anda dengan menyertai cabaran buka peti misteri, di mana anda perlu memilih satu kunci dan membuka satu peti dalam masa satu minit dari 30 peti yang tersedia.

4 Lokasi Experience Gallery anda boleh pergi ialah di Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive7, dan Jade Hills. Anda boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk ke sana. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah misteri ini!

Amacam menarik tak aktiviti dari Gamuda Land ni? Banyak kan yang korang boleh sertai bersama keluarga. Paling best part dapat duit raya bagi yang menang mencari ketupat tersembunyi.

Korang yang tak nak terlepas aktiviti menarik dari Gamuda Land ni, cepat-cepat layari laman rasmi ini untuk maklumat lanjut.

Sebelum tu, kami nak tayangkan korang filem pendek Mak Kau Tak Hijau Dari Gamuda Land.