fbpx

Raya Berasingan, Diana Danielle Enggan Perjelas Sebab

Jika difikirkan secara rasional, jarang sekali pasangan suami isteri akan menyambut Aidilfitri berasingan, maklumlah kemeriahan hari raya pastinya ingin dikongsikan bersama insan tersayang. Malah jika berlaku pada selebriti, ini pastinya mengundang pelbagai tanda tanya peminat.

BACA: “Saya Gadis Paling Beruntung Di Dunia”

Tindakan Farid Kamil dan Diana Danielle yang menyambut hari raya berasingan baru baru ini ternyata memberi bayangan ada sesuatu yang berlaku di antara mereka.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Diana turut memuatnaik gambar mereka bersama ketika menyambut hari lahir anak sulung mereka, Muhammad.

“Cerita pagi tadi: you + little boy + little girl = apa apa je lah! Ibu #teamrayakl mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #teamrayaKedah pula with both of you babies”

“Have fun and makan puas puas. Jangan lupa kumpul duit raya ? Ibu know you will be in good hands under Babah’s care, I will miss my babies. So, any more team #rayaKL? Angkat tangan!,” kongsi Diana di Instagram.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan jawapan daripada Diana juga gagal kerana pelakon wanita berkenaan enggan memberikan sebarang komen. Mungkin juga pasangan suami isteri ini inginkan masa bersama keluarga pada raya baru baru ini. Apa pun, harap semuanya baik baik belaka. (rtky/s)