fbpx

Jenama Cap Kaki Tiga adalah jenama yang tidak asing lagi bagi kita semua. Kalau sebut je nama ini memang semua orang ingat termasuklah kanak-kanak. Tidak lapuk dek zaman!

Produknya yang mudah didapati di mana-mana sahaja turut menjadi kegemaran ramai untuk memilih jenama ini sebagai ‘sahabat karib’.

Kalau anda perasan, kebanyakan antiseptik didatangkan dalam bentuk cecair mahupun krim dan anda hanya perlu menyapu ubat tadi di tempat yang sakit. Kini, bahan tersebut sudah boleh didapati dalam bentuk semburan. Memang sangat up-to-date dan sesuai dengan peredaran zaman ketika ini.

Formulasi Baharu

Terbaharu, Kumpulan Wen Ken, jenama yang berpengalaman lebih dari 80 tahun serta pengeluar ubatan tradisional, farmaseutikal dan produk kesihatan terkemuka ini telah memperkenalkan formulasi baharu rawatan luka, Semburan Antiseptik Septyc-Kare Cap Kaki Tiga hanya dengan semburan sahaja.

Septyc-Kare, produk 3 dalam 1 dalam membersih, membasmi kuman dan mencegah jangkitan ini dikatakan lebih selamat untuk melindungi kulit saat kecemasan tau. Sesuai sangatlah untuk anda yang suka mendaki atau melakukan aktiviti lasak. Kalau terjatuh semasa mendaki atau berlari dah tak payah risau, anda guna je Semburan Antiseptik Septyc-Kare ini!

Kalau dulu pantang tengok luka, pantas sahaja tangan ni akan mencapai ubat antiseptik kan? Bukan apa, risau juga bila kecederaan tadi terkena jangkitan kuman. Tapi bila adanya Septyc-Kare ini, sembur je siap! Semudah ABC.

Caranya pun sangat mudah, anda bilas dahulu luka anda dengan air bersih lembut sebelum menyembur dengan Semburan Antiseptik Septyc-Kare. Ini akan memastikan luka anda bersih, tanpa banyak risiko jangkitan lain.

Selain itu, apa yang lagi menarik adalah anda juga boleh gunakan Semburan Antiseptik Septyc-Kare dengan formulasi baharu ini sebagai alternatif untuk merawat kecederaan kulit akibat luka, melecet, jangkitan kuman dan juga kesan terbakar. Wah, betul-betul fleksibel.

Kandungan Yang Selamat

Kalau anda nak tahu, Semburan Antiseptik Septyc-Kare ini juga mengandungi Chlorhexidine Gluconate sebagai bahan aktif yang memberi kesan antiseptik dan perlindungan antimikrob yang pantas terhadap pelbagai jenis bakteria.

Anda jangan risau, Chlorhexidine Gluconate ini selamat digunakan pada kulit sensitif atau permukaan badan lain dan telah terbukti memberi kesan perlindungan yang lebih baik untuk mengurangkan jangkitan.

Selain itu, ia juga sesuai untuk kanak-kanak. Kepada mak atau ayah yang suka bawa anak-anak ke taman permainan tu bolehlah bawa Septyc-Kare ini bersama anada. Mana la tahu, malang tidak berbau ni, kalau anak-anak jatuh atau luka, sembur je Septyc-Kare ini.

Selain tidak mengandungi alkohol, ianya juga tidak berwarna, tidak ada kesumutan dan tidak berbau. Semburan Antiseptik Septyc-Kare Cap Kaki Tiga yang direka pada saiz botol kecil itu juga sesuai dibawa kemana-mana. Anda nak pergi melancong ke, hiking, bersukan atau berkhemah sekalipun, bawa je Septyc-Kare ni. Sangat convenient!

Paling penting Septyc-Kare Cap Kaki Tiga ini dapat membunuh kuman dan bakteria pada luka, tiada kandungan alkohol, bebas warna dan bebas sengatan, botol semburan yang tak messy, mudah dibawa dan sesuai untuk kanak-kanak!

Anda boleh dapatkan Semburan Antiseptik Septyc-Kare Cap Kaki Tiga ini di kedai farmasi atau klik LINK INI. Info lanjut anda boleh ke Facebook Ubat Cap Kaki Tiga!

Oh ya! Kami akan berikan Semburan Antiseptik Septyc-Kare Cap Kaki Tiga ini secara PERCUMA kepada 10 pembaca Rotikaya yang bertuah. Caranya mudah je, anda boleh DM kami di Facebook Rotikaya. Siapa cepat dia dapat! Good luck!