Penyanyi Kaka Azraff menyifatkan gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang menyokong produk zionis sebagai langkah yang positif.
Memetik Xtra, Kaka bagaimanapun berharap tidak ada pihak termasuk rakan artis yang terasa kerana dia menyokong gerakan tersebut.
BACA: Kaka Azraff Selamat Bersalin Anak Kedua
“Saya bukan nak kecam cuma sangat gembira dengan tindakan positif tersebut.
“Saya sendiri sudah mula sekat artis-artis antarabangsa sebab enggan mereka meracuni fikiran saya.
“Rasanya kita sudah terlampau terikut sangat cara barat. Kita kena ada identiti dan pegangan sendiri. Saya rasa satu langkah bagus tetapi harap tiada yang terkesan dan terasa,” katanya.
Dalam pada itu, Kaka enggan mengulas lanjut jika ada rakan selebriti yang masih mempromosikan produk berkenaan kerana dia menganggap mereka ada alasan tersendiri.
“Mengenai rakan selebriti yang masih mempromosikan produk yang menyokong Isr**l, saya tidak mahu menghakimi mereka.
“Setiap orang mempunyai alasan dan keadaan masing-masing dan saya menghormati hak mereka untuk membuat pilihan.
“Hanya Allah yang mengetahui dengan pasti apa yang ada di dalam hati mereka,” katanya.
SUMBER: Xtra