Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kaka Azraff yang melahirkan bayi lelaki pada jam 12.05 tengah malam tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Berkongsikan berita gembira itu di laman Twitter miliknya, Kaka meluahkan rasa syukur proses bersalin anak keduanya itu dipermudahkan.
BACA: Kaka Azraff Saran Kahwin Masa PKP, Boleh Bergusti Dengan Suami
Menerusi entri itu, Kaka turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa memberi sokongan serta kata semangat sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin.
We made it baby! Alhamdulillah syukur. Thank you for being the greatest support system, cheerleader, motivator, part time doctor throughout the journey. I tak tahu apa jadi tanpa you. I love you Daddy of two hihi ?? pic.twitter.com/rptisEtLK2
— Kaka Azraff (@KakaAzraff) February 22, 2022
Sementara itu, suaminya turut memuat naik perkongsian memaklumkan isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.
Kaka dan Adam Adzriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mempunyai seorang anak lelaki, Aslan kini berusia 3 tahun.