Nikmati dan rasai kemeriahan suasana berhari raya yang havoc dengan membeli belah di MyTOWNKL.
Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tak lama lagi, MyTOWNKL melancarkan Raya Meriah Max di mana korang akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik bahkan macam- macam booth jualan yang disediakan. Memang korang akan rasai kemeriahan tersebut.
Bila korang jejak je kaki ke Raya Meriah Max ni, kami yakin korang akan mengimbau kembali kenangan di kampung masa dulu-dulu. Ini semua berpunca apabila rekaan Raya Meriah Max yang dianjurkan oleh MyTOWNKL berkonsepkan suasana kampung yang sebenar disamping adanya rumah kampung tradisional Melayu yang membolehkan korang untuk OOTD.
Rumah kampung tradisional bukan sahaja boleh jadikan port OOTD, bahkan rekaan seni “panggung” zaman dulu kala dijadikan ruang untuk aktiviti- aktiviti yang di anjurkan oleh MyTOWNKL.
Hiasannya mempunyai ciri yang butiran yang cantik seperti panel kayu tradisional, digabungkan dengan elemen moden garisan bersih, warna yang terang, dan bentuk kontemporari; dilengkapi dengan kain batik yang menarik perhatian, digantung dari atas bumbung di seluruh Central Town.
Senang cerita jejak ja kaki ke situ, mood korang terus berada di kampung. Yang nak acah-acah balik kampung awal boleh lah terjah Raya Meriah Max nanti.
Siap Ada Aktiviti Macam Di Kampung Lagi
Bermula dari 31 Mac sehingga 1 Mei 2023, korang boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti raya yang diadakan. Bukan itu je, korang juga turut dapat berjumpa selebriti kegemaran korang sambil membeli belah di MyTOWNKL.
Jangan lepaskan untuk kunjungi Bazar Aidilfitri untuk dapatkan pelbagai jenis barangan raya yang menarik untuk bergaya sakan hari Raya nanti.
Bila dah shopping raya di MyTOWNKL, anda berpeluang untuk dapatkan barangan ekslusif yang disediakan untuk anda semua.
Tapi sebelum tu, korang mesti lah klik link ni dulu untuk tahu setiap mata ganjaran okey! Baru lah senang nanti korang nak tebus mata ganjaran.
@shihazikir 16/4/23 ni Korang nak berbuka puasa & shopping raya dengan Shiha tak kat @mytownkl? Kalau nak,korang kena join #MeriahnyaRayaTikTokDanceChallenge okay? Tarian & video yang paling kreatif berpeluang berbuka puasa & dapat voucher shooping dari My Town KL . So boleh la shopping sama2 dengan Shiha nanti! All the best & See youuuuu #MyTownKL #towners #RayaMeriahMax #MeriahnyaRayaTikTokDanceChallenge
Kemeriahan raya dirasai apabila MyTOWNKL bekerjasama dengan penyanyi terkenal, Shiha Zikir dan komposer berbakat iaitu Zimi Sofaz & Kamarul Arifin Baharun dalam mencipta & menghasilkan trend lagu raya.
Berita baiknya, pada korang yang gemar menari di TikTOK, apa kata rebut peluang menyahut cabaran untuk menari dengan gaya tersendiri dan kreatif dengan menggunakan lagu raya tersebut. Korang mungkin berpeluang untuk bersama-sama berbuka puasa dengan Shiha Zikir pada 16 April nanti.
Nak tahu lebih lanjut layari laman web, Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok MyTOWNKL.