“Rasa Lebih Secocok” – Jefri Nichol Tak Mahu Kehilangan Ameera

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol sebelum ini berkata dia mahu mengahwini kekasihnya Ameera Khan serta menyifatkan pempengaruh itu mempunyai ciri-ciri isteri idaman.

Menerusi satu podcast, Jefri berkata dia tidak mahu kehilangan kekasihnya dalam hidupnya serta menyifatkan Ameera pasangan yang paling sepadan berbanding wanita lain dalam hubungannya sebelum ini.

BACA: Jefri Nichol Kumpul Duit Kahwin, Sifatkan Ameera Khan ‘Wife Material’

Sementara itu, Jefri berkata Ameera juga merupakan individu bertanggungjawab dalam mengubahnya menjadi insan lebih baik.

“Saya tak mahu kehilangan Ameera kerana merasa lebih secocok dengannya berbanding perhubungan sebelum ini. Ameera juga mampu mengubah saya untuk menjadi individu yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berasal dari Indonesia itu juga berkata dia mahu membawa hubungan mereka ke arah lebih serius selepas ini dan mahu menjadi sebahagian hidup Ameera.

“Ameera adalah individu yang baik dan dia layak untuk dapat seseorang yang memahaminya. Malah dia juga rapat dan baik dengan keluarganya. 

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada hidupnya. Lagipula hubungan ini juga saya anggap serius. Doakan saya,” katanya.

×