fbpx

Randy Pangalila Cari Kepuasan Berkarya Di Malaysia, Nafi Bercinta

Randy Pangalila Cari Kepuasan Berkarya Di Malaysia, Nafi BercintaNama pelakon Indonesia, Randy Pangalila bukan asing lagi hari ini kepada peminat dunia hiburan di Malaysia lebib lebih lagi mereka yang mengikuti sinetron lakonan beliau di kaca TV.

Dan, bermula 29 Oktober ini para peminat Randy Pangalila boleh mengikuti drama bersiri lakonan beliau bersama Elfira Loy berjudul Dalam Hati Ada Taman di Astro Ria (saluran 104).

Bukan kali pertama muncul dalam drama tempatan, Randy Pangalila menjelaskan beliau bekerja di Malaysia untuk mencari kepuasan dalam berkarya & bukan kerana wang semata mata.

Turut menjelaskan yang tawaran dari produksi Indonesia lebih mewah, Randy Pangalila turut meminta supaya isu permit kerja beliau di Malaysia tidak di’perbesarkan oleh mana mana pihak.

Di’katakan ada menjalinkan hubungan dengan Elfira Loy, Randy Pangalila berkata yang beliau kini mempunyai kekasih yang juga merupakan pelakon Indonesia, Michella Putri.

“Saya cuma berkawan dengan Elfira Loy dan gossip ini tidak menganggu hubungan baik saya dengan kekasih walaupun masing masing sibuk berlakon ketika ini,” ujar beliau.

Mempunyai kontrak dua buah filem lagi bersama penerbit dan pengarah Michael Ang, Randy Pangalila bakal bergandingan bersama Erra Fazira dalam filem KL Meroyan & beliau kini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron Raja Dan Aku di Indonesia.