fbpx

Rancang Masa Hadapan Anda Dengan Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic

Semua orang inginkan kehidupan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang dan setiap orang punya cara yang tersendiri untuk merancang masa hadapan mereka.

Apabila anda klik artikel ini untuk membaca dengan lebih lanjut, anda telah membuat pilihan yang tepat kerana kami nak membantu anda rancang masa hadapan anda dengan lebih baik melalui satu produk daripada AmBank Islamic iaitu Pembiayaan Peribadi-i.

Memang tak banyak pun artikel yang boleh bagi anda banyak info pasal pembiayaan peribadi. Tapi, tak apa, artikel ini pasti mampu untuk membantu anda mengetahui dengan mendalam tentang Pembiayaan Peribadi-i ini.

Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang produk yang diperkenalkan oleh AmBank Islamic ini, jom kita tengok pasal pembiayaan peribadi dulu. Baru lah tak tergoda dengan syarikat tak berlesen atau Ah Long. Kan?

Apa Itu Pembiayaan Peribadi?

Pembiayaan peribadi adalah sejumlah wang yang dibiaya oleh institusi kewangan kepada anda dengan kadar keuntungan yang dipersetujui dan dibayar dalam tempoh tertentu.

Sebenarnya ramai yang memohon pembiayaan peribadi untuk banyak perkara. Antaranya untuk pendidikan anak-anak, belanja kahwin, modal untuk berniaga, beli basikal, ubah suai rumah, melancong, dan sebagainya. Pendek kata pembiayaan peribadi sesuai digunakan untuk semua perkara.

AmBank Islamic antara bank yang dapat membantu anda untuk memberikan pembiayaan dengan bayaran ansuran yang rendah lagi menguntungkan anda melalui Pembiayaan Peribadi-i.

Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic

Pembiayaan Peribadi-i merupakan salah satu produk daripada AmBank Islamic yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan patuh syariah.

Jadi, rebutlah peluang yang ditawarkan oleh AmBank Islamic melalui Pembiayaan Peribadi-i ini dan nikmati pengeluaran fasiliti yang tinggi sehingga 99.5% dari jumlah pembiayaan dan ansuran hanya perlu bayar selepas 3 bulan. Ia sangatlah menguntungkan terutamanya untuk kakitangan kerajaan sebab pembiayaan ini memang khusus untuk anda!

Tiada penjamin dan cagaran diperlukan dan paling penting, tiada caj tersembunyi. Wow!

Kenapa Anda Perlu Apply?

Pernah tak sesekali anda tanya diri anda, apa impian utama dalam kehidupan? Kalau kami, semestinya nak membahagiakan orang tersayang! Kami pasti anda pun mesti macam tu juga kan?

Kadang-kadang kita rasa kecewa bila tak dapat nak bahagiakan orang tersayang. Terutamanya bila ada masalah kewangan!

Dengan Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic ini sekurang-kurangnya dapat juga bantu anda menghadapi peningkatan kos sara hidup sekarang ni. Nak nak pula dengan COVID-19 sekarang, ramai yang terkesan. Ada yang kena buang kerja, bisnes pun tak jalan macam dulu dan banyak lagi masalah yang timbul.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa di sesetengah kawasan merupakan antara faktor kenaikan harga barang. Lagilah runsing memikirkan cara untuk memastikan semua isi rumah kita tetap selesa.

Anda pun mesti nak juga beli eksesori-eksesori serta pakaian-pakaian baru yang lebih selesa kan? Tu belum lagi termasuk nak membeli kelengkapan rumah serta perabot-perabot yang baru..Haa, semua ini memerlukan wang. Betul tak?

Saat dan ketika inilah anda dapat merealisasikan harapan dan impian anda. Bila anda memohon Pembiayaan Peribadi-i daripada AmBank Islamic ini, dapat jugalah buat pengubahsuaian rumah, menaik taraf kenderaan yang sedia ada serta membeli gadget-gadget baru seperti telefon terkini! Iphone 12 contohnya…Wuu..Barulah impian menjadi kenyataan. Gitu!

Ada lagi ni kelebihan nak kongsi. Anda pernah dengar ayat ni? “Kos sakit lagi tinggi berbanding kos semasa kita sihat?” Memang betul yer. Sekali anda sakit, memang kos bertambah-tambah. Kita pula tak tahu bila masa sakit tu akan menyerang. Setakat demam okaylah lagi, tapi kalau tiba-tiba sakit teruk, kronik? Hah! Maunya bertambah panik.

Bila anda dah sediakan diri dengan kos kewangan yang mencukupi, sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan bebanan pembayaran bil-bil perubatan hospital dan klinik yang agak tinggi. Tak pun ada juga simpanan lebih sekiranya ada kecemasan berlaku.

Banyak Lagi Manfaat!

Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic ini juga dapat beri banyak manfaat yang baik untuk anda dalam menghadapi hidup sekarang ni. Antaranya seperti di bawah ini:

1. Pendidikan anak-anak.
2. Percutian.
3. Pengubahsuaian rumah (home renovation).
4. Penyatuan Hutang (debt consolidation) Contohnya, anda dialu-alukan untuk membuat penyatuan hutang dengan membuat penyelesaian hutang di institusi-institusi kewangan yang lain. Dan menjadikan AmBank Islamic sebagai pembiaya tunggal.
5. Simpanan Pelaburan.
6. Kecemasan.
7. Modal perniagaan kecil-kecilan contohnya, modal untuk perniagaan secara atas talian atau online.
8. Peningkatan gaya hidup.

Anda Layak Kalau Ada Kriteria Ini

Kriteria bagi yang layak adalah seperti di bawah ini. Dan ianya tidaklah susah sangat. Mudah jer!

1. Warganegara Malaysia berumur antara 18 dan 60 tahun (bergantung kepada umur bersara semasa pembiayaan matang, yang mana berkenaan)

2. Berjawatan tetap tidak kurang dari tiga (3) bulan.

3. Pendapatan kasar tidak kurang dari RM1,500.

Haa, kan dah cakap. Tak berat pun kriteria yang AmBank nak dari anda.

Bagaimana Untuk Memohon?

Cara memohon Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic ni sangat mudah. Kunjungi cawangan berdekatan anda dengan dokumen-dokumen berikut okay:

1. Tiga (3) salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

2. Satu (1) penyata gaji asal terbaru dan dua (2) salinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

3. Satu (1) salinan buku simpanan AmBank Islamic atau mana-mana Bank (hanya muka surat hadapan diperlukan iaitu nombor akaun dan nama pemegang akaun)

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan senarai syarikat, sila rujuk kepada ambank.com.my/pf. Rancanglah masa hadapan anda dengan lebih baik dengan Pembiayaan Peribadi-i AmBank Islamic ini yer!