“Ramai Suami Orang Nak Berkenalan Dengan Saya”

Berdepan keretakan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz tahun lalu, Bella Astillah mendedahkan dia pernah didekati lelaki berstatus suami orang yang mahu berkenalan dengannya.

Kata Bella mungkin kerana ramai yang menganggap dia berstatus janda hingga sanggup memberanikan diri untuk mendekatinya. Bagaimanapun, Bella berkata dia bertindak menyekat akaun lelaki berkenaan demi menjaga keperibadiannya sebagai wanita.

BACA: “Saya Bukan Bodoh, 10 Peluang Pun Saya Akan Bagi”

“Saya ni ramai suami orang nak kenal-kenal mungkin mereka ingat saya sudah janda dan sebagainya. Sampai saya terfikir adakah isteri mereka tahu. Apa saya buat? Sangat mudah, saya blocked.

“Jagalah keperibadian kita sebagai perempuan, kalau kita pandai jaga diri, kita pasti dihormati. Tapi kalau kita bertepuk tampar, gedik-gedik lelaki pun akan fikir senang nak dapat sebab macam tak ada rasa malu pun,” katanya.

Bella mendedahkan perkara itu menerusi ruangan komen dimana dia sekali lagi tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dia, suami dan wanita yang pernah terpalit sebagai individu ketiga dalam rumah tangga mereka.

Jelasnya lagi, tindakannya sebelum adalah untuk memberi pengajaran kepada wanita diluar sana agar tidak sesuka hati melayan mahupun mendekati suami orang serta menjaga maruah meskipun si lelaki yang ‘membuka pintu’.

“Saya bukan gaduh pasal tak cukup beras, anak, tapi pasal orang ketiga. Saya dah cakap saya takkan berbuat demikian kalau perempuan itu bukan artis dan kerja biasa-biasa.

“Tapi awak tak tahu beberapa kali saya maafkan, tak sangka senyap-senyap mereka berlakon depan saya, cabar saya sampai hilang tahap kesabaran,” jelas Bella lagi.

Sebelum ini, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei tahun lalu selepas suaminya beberapa kali kantoi curang namun pasangan itu rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.

×