fbpx

Apabila Bank Negara mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR Malaysia), ramai yang mula rasa ‘semak kepala’ dan ‘sakit jiwa’.

Untuk tahun ini sahaja sudah 4 kali OPR di Malaysia naik. Kenaikan kali ke-4 ini pun baru sahaja diumumkan baru-baru ni. Amacam? Berpeluh tak gais?

 

Kami pasti ramai yang merungut! Mana tidaknya, kenaikan OPR sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat. Lepas satu, satu perkara yang naik, siapa tidak risau kan?

Tapi kejap, sebelum anda nak mengomel atau memberikan komen-komen negatif, kami nak anda stay dulu di artikel ini dan baca sehingga habis. Nanti kami akan berikan sebab dan juga info kenapa OPR di Malaysia dinaikkan.

Penting untuk kita faham terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan OPR. Kami harap dengan memahami maksud OPR, barulah penilaian yang lebih adil dan rasional dapat dilakukan.

Oh ya sebelum tu, and jangan tak tahu, isu inflasi, kenaikan kadar faedah dan perubahan nilai ringgit – semua ada kaitannya! Mari kita belajar hari ini.

Ringgit Malaysia Terus Susut?

Belum reda dengan kenaikan OPR, dah masuk pula isu Ringgit Malaysia yang terus susut berbanding dolar AS.

Memetik laporan Astro Awani pada 21 Oktober lalu, ringgit terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan ditutup pada paras terendah baharu sepanjang masa pada 4.738 berikutan ketiadaan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Sabar, anda jangan gelabah dulu. Ringgit Malaysia jatuh nilai berbanding dengan dolar AS adalah disebabkan oleh rizab persekutuan (atau bank pusat AS) yang telah menaikkan kadar faedah mereka secara mendadak bagi membendung inflasi di AS. Tetapi kalau nak bandingkan ringgit Malaysia dengan mata wang yang lain seperti Thai Baht, Korean Won, Japan Yen dan lain-lain, nilai mata wang kita sebenarnya telah bertambah baik.

Walau bagaimanapun nilai mata wang sememangnya akan turun naik ikutkan permintaan dan penawaran pasaran mata wang. Nilai ringgit Malaysia dijangka akan bertambah baik berbanding dolar AS apabila AS redakan kenaikan kadar faedah.

Sekarang kita bincang tentang inflasi pula. Inflasi yang kita alami sekarang adalah fenomena global, didorong pula harga minyak yang tinggi dan juga perang Ukraine, perkara ini memang kita tak boleh nak elak.

Laporan dari Sinar Harian turut menjelaskan bahawa tiada negara yang terkecuali daripada tekanan inflasi dan terdapat jangkaan bahawa inflasi akan meningkat dalam masa terdekat.

Malaysia juga turut terjejas tetapi dalam masa yang sama ekonomi Malaysia juga semakin pulih. Walaupun ringgit lemah, masih ramai yang mampu melancong ke luar negara dan juga dalam negara.

Kredit: Berita Harian SG

Kalau anda perasan traffic jam berlaku di pagi hari agak teruk, dah macam pre-pandemik tau. Kesesakan lalu lintas ni berlaku disebabkan ramai yang melancong secara dalam domestik. Itu belum masuk semasa hujung minggu dan cuti umum lagi, memang highway penuh sesak dengan orang travel ke sini sana. Hotel pun dah fully booked!

Dekat shopping malls pun sama juga gais. Dah mula packed, penuh dengan orang. Haa pembelian kereta pun semakin meningkat dah sekarang ni, macam level pre-pandemik sampaikan orang nak beli Honda pun kena waiting list satu tahun. Pergh, rancak betul!

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang OPR Bank Negara Malaysia

Kadar faedah bank secara asasnya ditentukan oleh OPR bagi memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi.

Seperti yang anda tahu, OPR Malaysia bukan sahaja memberi kesan kepada kadar pinjaman, tetapi ia turut memberi impak kepada keseluruhan komponen dalam sistem ekonomi negara seperti kadar pengangguran dan inflasi harga barangan.

Apa Itu OPR?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia. Ia merupakan kadar faedah yang perlu dibayar oleh sesebuah institusi kewangan yang meminjam daripada bank yang lain.

Yup, jangan terkejut ye! Bank boleh meminjam dari bank lain dan benda ini adalah amalan biasa dalam industri perbankan.

Setiap bank di Malaysia mempunyai tahap rizab tunai yang berbeza-beza bergantung pada aktiviti pemberian pinjaman oleh bank dan deposit serta pengeluaran pelanggan.

Kredit imej: Laichikang

Sebagai contoh, jika setiap pelanggan mengambil keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan pada hari yang sama, bank mungkin perlu meminjam daripada bank lain untuk menyimpan atau memastikan rizab tunai berada pada tahap yang selamat.

*Nota: Rizab tunai adalah wang tunai yang mesti disimpan oleh bank perdagangan dalam banknya sendiri atau di bank pusat atau di bank-bank lain.

Apa Kena Mengena Dengan Kita?

 

Mesti anda pelik, apa kaitannya dengan anda kan? Biarlah urusan bank antara bank je. Anda kena tahu, walaupun OPR menetapkan kadar faedah asas untuk pinjaman yang dilakukan antara bank dengan bank, ia turut memberi kesan kepada kos pinjaman kita sebagai pengguna.

Jika kos pinjaman antara bank dengan bank meningkat, peningkatan itu akan dipindahkan kepada anda sebagai pelanggan. Begitu juga jika kos pinjaman tersebut berkurang, anda juga akan merasai pengurangannya.

Perubahan OPR ini akan memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman yang kita ambil. Ini termasuk pinjaman perumahan dan peribadi. Lebih tinggi OPR, lebih tinggi bayaran bulanan yang perlu dibayar. Anda boleh rujuk bank anda untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kesan OPR Naik & Turun

Secara asasnya, kadar OPR yang lebih tinggi atau lebih rendah akan menyebabkan kesan terkumpul/domino yang setara. Contohnya, kadar OPR yang rendah akan menyebabkan kadar faedah pinjaman menjadi lebih rendah. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna untuk berbelanja, membuat pinjaman bank serta merangsang ekonomi negara.

Kadar OPR yang lebih tinggi pula akan menyebabkan kadar faedah pinjaman menjadi lebih tinggi. Ia sekaligus menyebabkan kadar pinjaman perumahan atau pinjaman perniagaan menjadi lebih mahal untuk mengalakkan pengguna untuk menyimpan dalam deposit tetap dan sebagainya.

Kesan OPR Naik

Kenaikan pada kadar OPR adalah langkah bank pusat dalam mempengaruhi kadar faedah dalam ekonomi untuk menyediakan keadaan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Kesan kenaikan OPR ini kepada anda sebagai peminjam ialah kadar pembayaran yang semakin tinggi.

Jika kadar OPR ditingkatkan, perbelanjaan aliran tunai orang ramai semakin perlahan dan ia secara terus dapat menggalakkan orang ramai untuk lebih menyimpan dan kurang berbelanja.

Jadi dalam masa ekonomi untuk pulih ini, tidak wajar sekiranya OPR rendah kerana jika orang ramai terus berbelanja berlebihan, permintaan untuk barangan dan perkhidmatan mungkin melebihi bekalan yang tersedia. Ini akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

OPR perlu dinaikkan secara “gradual dan measured”. Kenaikan OPR perlukan sekurang kurangnya 9 bulan untuk menampakkan impak kepada ekonomi Malaysia untuk turunkan kadar inflasi.

Salah satu kebaikan OPR ialah kenaikan kadar FD (fixed deposit rates), ia akan menggalakkan lebih ramai untuk simpan dalam FD, dan enjoy pulangan lebih tinggi. Tambahan pula, simpanan dalam FD di bank dijamin oleh PIDM sebanyak RM250,000 setiap pendepositor (duit anda selamat).

Amacam? Anda dapat sesuatu dari sini?

Kesan OPR Turun

Jika OPR turun, apa kesannya? Kalau anda nak tahu, kebiasaannya apabila kadar OPR semakin menurun, ini menunjukkan kedudukan ekonomi tidak stabil. Nak pula keadaan pandemik COVID-19 ketika ini, ianya turut menjadi faktor utama dalam permasalahan ini.

Berapa Nilai OPR Terkini?

Untuk pengetahuan anda, semalam 3 November, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.75 peratus pada mesyuarat kali terakhirnya bagi tahun ini.

Ia adalah kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini bermula Mei, Julai dan September lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Kenaikan kali keempat secara berturut-turut itu juga adalah pertama kali sejak penanda aras kadar faedah pinjaman tempatan itu diperkenalkan pada 2004.

OPR dinaikkan lebih perlahan di Malaysia supaya rakyat boleh menyesuaikan diri secara perlahan. Bank pusat negara lain menaikkan kadar faedah mereka tetapi pada kadar yang lebih besar dan kadar yang lebih pantas.

Menurut BNM, kenaikan OPR ini adalah sebahagian daripada usaha bank pusat negara untuk melandaikan kembali kenaikan kos yang berlaku dalam pasaran negara. Situasi tersebut akan membantu menyeimbangkan kembali ekonomi negara yang kini menunjukkan pertumbuhan negara yang lebih kukuh.

Bagaimanapun, tidak kisahlah OPR itu tinggi mahupun rendah, langkah kita sebagai rakyat adalah membina semula kewangan peribadi masing-masing untuk masa hadapan. Gunakan peluang ini sebaiknya!

Info lanjut KLIK SINI!