Ramai Sangat Orang ‘Gila’, Iqram Dinzly Kembali Normal

Beberapa tahun lalu, nama pelakon Iqram Dinzy menjadi perhatian ramai dan mencetuskan kontroversi susulan kelakuan peliknya sehingga ada yang menuduhnya gila.

Memetik mStar Online, bagaimanapun Iqram berkata dia tidak mahu lagi mengulangi tindakan berkenaan dan membuat keputusan tersebut kerana sekarang sudah terlalu ramai individu berkelakuan ‘gila’.

BACA: Iqram Dinzly Didakwa Dah Nikah, Majlis Resepsi Bulan 9 Di Kelantan?

“Orang nampak itu negatif, tapi itu anugerah paling besar Allah bagi dekat saya. Semasa perkara itu berlaku, saya sebenarnya tenang sahaja. Saya perlu jadi seperti itu (dahulu) untuk dapat imbuhan lain.

“Namun sekarang ini saya tidak mahu lagi jadi seperti itu sebab ramai sudah gila. Saya ini merupakan seorang yang tidak suka mengikuti ‘trend’ semasa. Saya ini suka melawan arus,” katanya.

Sementara itu, ketika dia berada di fasa tersebut dia tidak mengambil tindakan menyaman atau pun membuat laporan polis biarpun ada yang meninggalkan komen negatif terhadap dirinya.

“Saya baca komen netizen, tapi saya tak terganggu dengan netizen tapi terganggu dengan makhluk-makhluk yang kononnya acah-acah ustaz yang beri kenyataan yang buatkan nama Iqram jadi busuk.

“Gelar ustaz tapi tak bertauliah, bila bercakap atau berdakwah ibarat cerita Bidaah kononnya kau tinggai agama semua benda kau jadikan hukuman sedangkan kau tak kaji secara terperinci, tak ikut sunnah Nabi, kau kena berjumpa secara bersemuka dan baru boleh berhujah secara bersemuka,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×