Gara-gara memuatnaik gambar yang menampilkan dirinya mengenakan seluar jeans koyak pada bahagian lutut, Che Ta telah dicemuh teruk malah makin ramai pula yang meninggalkan komen dan bercerita mengenai perilaku pelakon tersebut.
BACA: Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi
“Ikutkan, saya malas nak komen. Malah, tiada sebarang isu pun. Lagipun, bukan saya pakai seluar koyak betul-betul pun. Jadi, apa masalah mereka semua ini? Masalahnya, saya rasa mereka semua ‘bajet’ (berlagak) suci. Jadi, semua orang mereka rasa tidak betul. Cubalah bersangka baik,” katanya.
Selain itu, Che Ta dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia turut perasan bahawa komen-komen kasar dan bermulut lancang yang ditinggalkan di akaun Instagramnya itu adalah daripada kalangan wanita yang bertudung.
“Cuba balik tengok penulis komen di bawah gambar itu dan lihat profil mereka. Semua kebanyakannya bertudung, tetapi mulut macam mana gayanya? Semua itu mereka tidak nampak. Apa yang mereka nampak hanya pada mata kasar dan luaran orang,” jelasnya kepada BH Online.