fbpx

Sempena pelancaran video Raya ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ di YouTube, Boost telah menganjurkan pop-up di Sunway Pyramid dengan kerjasama siri animasi Malaysia terkenal, Ejen Ali.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Di pop-up tersebut, peminat Ejen Ali dapat bertemu dengan watak animasi kegemaran mereka dan menyempurnakan misi untuk memenangi hadiah hebat dari Boost. Pop-up tersebut bermula hujung minggu lepas dan akan kembali pada hujung minggu ini, iaitu pada 30 April dan 1 Mei.

Ramai keluarga dan ibu bapa dapat dilihat bersama dengan anak-anak mereka di pusat beli-belah tersebut untuk berpeluang memenangi ganjaran bernilai lebih RM50,000*.

Untuk mengambil bahagian, pengguna Boost hanya perlu mendapatkan giliran untuk bermain permainan Tikam & Win serta cabutan bertuah Pick & Win dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM20 di mana-mana 150 kedai yang menyokong kemudahan Boost di Sunway Pyramid, termasuk McDonald’s, KFC, Sephora, Mr. D.I.Y., dan sebagainya*.

Kemudian, pembeli hanya perlu menunjuk resit digital di pop-up Boost untuk menuntut ganjaran*.

Bukan itu sahaja, pembeli yang menggunakan aplikasi Boost untuk membeli-belah akan dapat menikmati cashback RM40 dengan perbelanjaan minimum RM60 di acara tersebut*.

Bagi mereka yang tidak berpeluang menemui Ejen Ali dan menyempurnakan misi Boost di Sunway Pyramid pada hujung minggu lepas, jangan lepaskan peluang untuk menang dan berjimat besar pada hujung minggu ini apabila pop-up Boost dan Ejen Ali kembali sekali lagi pada jam 12TGH, 3PTG, dan 6PTG.

Kerjasama antara Boost dan Ejen Ali adalah sebahagian daripada kempen ‘KebangkiTEN Raya’ Boost di seluruh negara yang diadakan dari 18 April hingga 31 Mei.

Sepanjang tempoh kempen ‘KebangkiTEN Raya’, pengguna Boost boleh memanfaatkan ganjaran menarik dan penjimatan tambahan, termasuk cashback lebih RM100, peluang memenangi Vespa dan Perodua Ativa serba baharu untuk balik kampung, sehingga 10x Boost Stars, dan percuma eDuit Raya RM10 untuk mereka yang menerima Duit Raya menerusi DuitNow di aplikasi Boost*.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘KebangkiTEN Raya’ Boost, sila layari: https://bit.ly/BoostKebangkiTENRaya

Untuk menonton video lengkap ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ dan mendapatkan tawaran terkini, sila langgan saluran Boost di YouTube: https://bit.ly/BoostRayaxEjenAli