fbpx

Ramadan Bakal Menjelma, Zakat Jangan Dilupakan!

Menjelang Ramadan 1443H, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Ramadan Penuh Makna yang akan berlangsung sepanjang Ramadan 1443H.

Ramadan Penuh Makna kali ini memberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia untuk menunaikan zakat di bulan Ramadan selain menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program-program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan tahun ini.

Mengangkat tema “Ramadan Penuh Makna”, PPZ-MAIWP ingin membawa pembayar zakat dan asnaf untuk bersama-sama meraikan Ramadan dengan penuh ketakwaan dan memenuhinya dengan amal-amal kebaikan melalui pelbagai pengisian yang dirangka khas sepanjang kempen ini.

Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menawarkan pelbagai hadiah menarik khas buat pembayar zakat yang menunaikan zakat harta dan fitrah di PPZ-MAIWP melalui saluran-saluran bayaran yang disediakan.

Pembayar yang menunaikan zakat harta di mana-mana saluran bayaran PPZ-MAIWP berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Pakej Umrah dan Pakej Ziarah. Manakala bagi pembayaran zakat fitrah secara online pula berpeluang memenangi hadiah seperti sejadah dan telekung eksklusif, jam tangan, baucar makanan dan banyak lagi.

PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai program-program dan aktiviti menarik seperti Jom Ngaji, Mencari Lailatul Qadar, kuiz dan pertandingan serta banyak lagi pengisian ilmiah agar Ramadan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Untuk mengikuti perkembangan terkini dan informasi menarik anda boleh layari laman Facebook, Instagram, serta TikTok rasmi Pusat Pungutan Zakat bagi

Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu “Memudahkan Anda Berzakat” pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat dilakukan.

Perkhidmatan dan Saluran Bayaran Sepanjang Ramadan

10 Kaunter PPZ-MAIWP

• Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum.
• Waktu Operasi : 8:15 pagi – 4:30 petang
• Hari Terakhir Ramadan: 8:15 pagi – 1:00 petang

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

• Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my

Perkhidmatan Door to Door

• Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757.
• Waktu operasi dari 9.00 pagi – 5.00 petang.

Saluran Bayaran Online

Portal Rasmi PPZ-MAIWP

• Zakat Fitrah – fitrah.zakat.com.my
• Zakat Harta – zakat.com.my
• Aplikasi MyZakat – muat turun di Google Play Store atau Apple Store

Ejen Kutipan Zakat

• Perbankan internet (15 bank)
• E-wallet
• Boost
• Shopee
• GoPayz

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman ini/. Untuk sebarang kemusykilan atau persoalan zakat boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau e-emel kepada [email protected] / Fb Messenger Pusat Pungutan Zakat.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan.