fbpx

Raja Farah Alami Keguguran

Akur dengan ketentuan Tuhan, Raja Farah terima dugaan yang diberikan apabila dirinya mengalami keguguran semalam. Kejadian itu disedari Farah selepas habis berbuka semalam dengan usia kandungan berusia dua bulan. Pada ketika ini juga Farah sudah tidak terlalu memikirkan mengenai Aildilfitri

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya pada ketika kita semua hendak menyambut sambutan Hari Raya tak lama lagi”

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Mangakui dirinya masing belum tenang dengan kejadian yang berlaku namun Farah menerima suratan Ilahi mengalami keguguran beberapa hari sebelum sambutan Aildilfitri. Semoga Farah tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. (rtky/w)