Nampaknya bakat lakonan Diana Danielle selama ini tidak sia-sia kerana ada orang lama dalam dunia seni memandang tinggi hasil usaha beliau.


Penerbit filem unik & berani, Raja Azmi dalam satu kenyataan terbaru beliau memuji bakat semulajadi Diana Danielle dalam bidang lakonan.

Diana Danielle yang terlibat dalam produksi filem terbaru Raja Azmi, …Dalam Botol, juga akan muncul dengan filem epik Magika arahan Edry KRU tidak lama lagi.

“Diana bukan pelakon kosmetik atau hanya menjual imej luaran semata-mata Dia seorang pelakon yang bijak dan sangat cepat belajar.”

“Saya bangga dengan kemampuan Diana dan nampak dia akan menjadi seorang pelakon handalan satu hari nanti,” kata Raja Azmi kepada Murai.com.my hari ini.