fbpx

Raja Azmi Anggap Cinta Monyet, Putus Cinta Dengan Kekasih Muda

Menurut Raja Azmi, 53, hubungan cinta bersama kekasih yang jauh lebih muda berbanding dirinya kini telahpun putus sejak sebulan yang lalu.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menganggap cinta yang hadir selepas isu perceraian bersama bekas pemain badminton Kebangsaan Jalani Sidek hanyalah cinta monyet, Raja Azmi tidak mahu menoleh ke belakang.

Jejaka yang dimaksudkan adalah Hafiz 27, yang bekerja sebagai pemain muzik di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur.

“Mungkin saya terlalu cepat mencari pengganti selepas bercerai, namun saya tahu hubungan ini tidak akan kemana-mana kerana saya sedar perbezaan umur yang ketara”

Menjelaskan walaupun semakin sibuk dengan kerjaya sebagai penulis novel dan penerbit kini, Raja Azmi menegaskan fokusnya untuk mencari cinta tetap akan diteruskan.

“Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu.

“Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya,” katanya ringkas.