fbpx

Rahsia Liza Hanim Turun 20kg Tanpa Pil Kurus

Kemunculan penyanyi bersuara lantang Liza Hanim di pentas Gegar Vaganza 4 baru-baru ini sememangnya dinanti ramai peminat. Apa yang pasti ramai peminat merindui penyanyi hebat ini yang pernah peopular satu ketika dahulu.

Namun, penampilan terbaru Liza Hanim yang tampil lebih langsing mencuri tumpuan ramai. Ibu kepada empat orang cahaya mata ini kongsikan rahsianya turun berat badan sebanyak 20kg tanpa pil kurus dan diet ketat.

1. Perlu tahu cara betul untuk kurus, jangan ambil jalan mudah

“Ktika membuat keputusan untuk turunkan berat badan, saya belajar dan memahami apakah cara untuk kuruskan badan. Saya tak mabil jalan singkat dengan mengambil ubat-ubatan atau diet ketat. Saya belajar memahami bagaimana badan kita bekerja.”

2. Kira kalori yang diambil & lakukan senaman

“Saya kaji makanan apa yang sesuai dan bagaimana pula dengan porsi makanan dan keperluan senaman. Senaman sangat penting kerana apabila bersenam kita akan dapat memantapkan otot-otot dan membentuk badan.”

3. Kena disiplin

“Kalau kita nak buat, kena buat betul-betul kerana cabarannya sangat besar terutama sekali di Malaysia. Ditambah pula dengan cara masakan kita yang tidak membantu untuk meneruskan misi untuk kurus.”

4. Sukat kalori makanan setiap hari

“Saya sukat kalori dan amalkan 1200 kalori. Dengan 1200 kalori saya akan makan ikut porsi. Namun saya tidak meninggalkan nasi dan saya pelu nasi.

Sumber: Nona