Radhi OAG: Semua Manusia Baik Dan Yang Tidak Baik Itu Adalah Pemikiran Kita
Masih lagi terpalit dengan kisah lama berkaitan dengan dadah, Radhi OAG mengakui dia tidak kisah dengan pandangan sesetengah masyarakat yang masih memandang negatif terhadap dirinya.
BACA: Radhi OAG Kongsi Gambar Anak Sulung, Nur Aishah
“Tanggapan negatif terhadap saya, bukan masalah saya. Perkara ini bukan mudah untuk ditinggalkan. Buat masa sekarang, jika ada anak dan isteri, saya tak terfikir mengenai perkara tersebut. Kepada rakan-rakan yang lain, cepat-cepat dapatkan rawatan jika terjebak”
“Semua manusia baik, yang tidak baik itu adalah pemikiran kita, ubahlah pemikiran kita,” jelas Radhi penuh makna kepada Melodi ketika hadir dalam majlis aqiqah anak pertamnya bersama isteri, Nur Shahira Ayu.
Hasil perkahwinan bersama Nur Shahira Ayu, pasangan bahagia ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Aishah. Semoga Radhi kuat menghadapi dugaan dan tidak mudah patah semangat malah peminat sentiasa memberi dorongan kepada penyanyi kesayangan mereka ini. (rtky/s)
Happy tengok perubahan ko radhi . Alhamdulillah hidup ko dh semakin lengkap dgn khadiran isteri dan ank . Ape nk lagi kan? Smoga kisah ko dpt dijadikn pengajaran dan teladan . May Allah bless us .
Bini radhi nie ade 2 watak.. Kjap btudung kjap idak… Ntah pape jerk…
ingatkan kekallah bertudung tu, lepas dapat anak dah lain pulak? macam2 ada….
moga insan ni akan tinggalkan terus tabiat haram ni yang hanya akan membawa padah kpd dirinya dan kepincangan keluarga jika tidak menitik beratkan isu menghisap dadah ni.
Kiriman yang luar biasa , aku yakin sangat berguna buat mereka yang membaca, saya nantikan postingan selanjutnya, apalagi mereka yang sedang mencari
obat encok dan mereka yang sedang mencari cara cepat hamil alami