Tahniah diucapkan buat pelakon Qistina Raisah berjaya memiliki kereta pertamanya iaitu Toyota Yaris pada usia 16 tahun. 

Menurut Qistina, meskipun ianya bukan kereta mewah namun bersyukur mampu membayar ansuran menggunakan duitnya sendiri.

BACA: Qistina Raisah Bertudung Sebab Hormat Peraturan Di Kelantan

“Walaupun bukan kereta mewaj tapi saya syukur dan bangga. Pada umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Qistina turut memuat naik gambar dan video menerima kereta berkenaan. Kata Qistina lagi, bapanya, Mohd Kamarolazri yang membantu proses pembelian kereta tersebut.

Dalam pada itu, Qistina berkata bapanya bukanlah seorang yang mudah menunjukkan kasih sayang dengan pemberian hadiah, namun akan cuba membantu merealisasikan impianya.

“Baba bukan orang yang beli-beli hadiah untuk anaknya. Tetapi tahun ini tidak sangka abah permudahkan urusan Qis untuk membeli kereta baharu,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×