fbpx

Puteri Sarah Tunai Umrah, Ira Kazar Seronok Bakar Marshmallow

Umum mengetahui pelakon Puteri Sarah hari ini berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Mekah bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Bagaimanapun, keberangkatan Puteri Sarah hanya diiringi ahli keluarganya dan kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan.

BACA: Puteri Sarah Fail Cerai, Ira Kazar Tenang Makan Aiskrim

Sementara itu, turut menjadi perhatian apabila isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dilihat ada memuat naik video sedang membakar marshmallow bersama seseorang.

Video Ira itu turut dimuat naik semula seorang pengguna TikTok. Diruangan komen perkongsian itu, ada netizen mendakwa Ira seolah membuat provikasi secara halus terhadap Puteri Sarah.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan buat Puteri Sarah serta mengatakan bahawa kifarah itu ada. Tidak kurang juga, ada yang menyindir kononnya tenang sedangkan tidak diterima oleh ibu mertua.