fbpx

Puteri Sarah Tak Nak Masuk Campur Urusan Syamsul

Pelakon Puteri Sarah berkata dia enggan masuk campur urusan rumah tangga bekas suaminya, Syamsul Yusof yang dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan kenyataan yang diberikan namun dia percaya keputusan dibuat oleh bekas suaminya itu tiada paksaan dari mana-mana pihak.

BACA: “Tahniah Sarah Awak Dah Menang” – Netizen Bersorak Gembira Di IG Puteri Sarah

“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.

“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain. Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata fokus utamanya kini adalah anak-anak dan bahagia menjalani kehidupannya sekarang.

“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” katanya.

SUMBER: Harian Metro