Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendirian untuk menyaman bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.
Memetik BH Online, hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang semalam, Puteri Sarah berkata dia yakin berada di pihak benar dan mahu menuntut haknya.
BACA: “Mereka Yang Teraniaya Oleh Perampas” – Datin Patimah Kongsi Gambar Puteri Sarah & Bella
“Saya failkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah. Saya mahu perjuangkan hak yang saya tunggu dari tahun lalu. Kita tunggu ada atau tidak jalan penyelesaian.
“Jika pihak sana berkeras, saya pun berkeras juga. Saya geram dan yakin di pihak benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman dan tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa membuat kenyataan fitnah.
Ia susulan Nazatul Nazira dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai aktres itu antaranya menggelar Puteri Sarah bodoh sombong dan mengambil dadah.
SUMBER: BH Online