fbpx

Puteri Sarah Puas Hati Penerangan Jawi

Sebelum ini, perkongsian pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian apabila menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi tiada tindakan diambil terhadap individu yang didakwa bersalah.

Menurut Puteri Sarah, kes membabitkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih berjalan meskipun mengambil masa yang lama.

BACA: Puteri Sarah Tak Akan Berdiam Diri Selagi Ira Kazar Tak Ditangkap

Menerusi perkongsian terbaru, Puteri Sarah memaklumkan dia ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit.

Puteri Sarah berkata dia berpuas hati dengan penerangan oleh pegawai penyiasat Jawi berhubung kesnya namun tidak dapat berkongsi mengenai butiran kes. 

“Apa yang boleh saya katakan, dalam siasatan sebab ada SOP & procedures yang banyak dan Insha Allah akan ada berita baik kerana benda baik akan datangn kepada mereka yang menunggu dengan sabar.

“Allah pun tahu hambaNya tak berhenti berjuang, berdoa dan pasti akan ada pelangi selepas ini, Insya Allah Jawi tak akan mengecewakan Sarah dan wanita yang teraniaya di luar sana, jangan berhenti berjuang,” tulisnya.