fbpx

Puteri Sarah Lancar Lagu Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil melancarkan lagu berjudul Terus berkisar mengenai kisah berlaku dalam kehidupannya termasuk kemelut rumah tangga, hari ini.

Memetik mStar Online, Puteri Sarah berkata lagu nyanyian Sarah Fazny dan Zayani itu adalah luahan rasa yang terbuku dalam hatinya.

BACA: “Saya Hanya Mahu Dilepaskan, Saya Dah Tak Ada Perasaan Terhadap Syamsul”

Menurut Puteri Sarah lagi, dia berharap lagu tersebut dapat memberi inspirasi kepada wanita lain yang berdepan nasib sama dengannya untuk terus bangkit.

“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada idir saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan terjemahkan menjadi sebuah karya yang terus mewakili isi hati saya.

“Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang diluar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu.

“Sehebar mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan,” katanya.

Lebih menjadi perhatian lagu tersebut dilancarkan hari ini yang juga hari ulang tahun perkahwinannya kesembilan bersama Syamsul.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata meskipun status perkahwinannya masih dalam proses berbicaraan namun ia tidak menjadi alasan untuk dia terus bersedih.

“Saya mahu jalan terus dan tida lagi pedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat.

“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipihak,” katanya.

Lirik lagu Terus ditulis Sarah bersama komposer lagu ini, Faizal Ulwi dan dinyanyikan Sarah Fazny dan Zayani.