fbpx

Puteri Balqis Dipuji Cantik, Nampak Matang Lepas Disolek

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai pelakon berbakat besar, Puteri Balqis mengenai kisah kehidupannya.

Bagaimanapun, Balqis dilihat tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa apatah lagi pelakon itu sudah kembali aktif sebagai pelakon.

BACA: Puteri Balqis Bidas Teguran Azhar Sulaiman

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga jurusolek dikenali sebagai @aishahrahim07 ada memuat naik video memaparkan pelakon itu selepas disolek seperti pengantin.

@aishahrahim07

aaaaaa aqishhh so cantikkkkk ??? #aishhrahim #makeup #mua #photoshoot #karapole

? Under the influence sped up – user79519619503

Menerusi video dikongsikan, Balqis dilihat sangat cantik dan matang, seolah tidak menyangka bahawa gadis itu sebenarnya baru 15 tahun.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon berbakat besar itu serta mengatakan Balqis mirip aktres, Fasha Sandha seleaps disolek.

Dalam pada itu, ramai mengakui Balqis sememangnya memiliki kecantikan semula jadi dan tetap cantik meskipun tiada solekan.

Terdahulu, nama Puteri Balqis menjadi bualan apabila membuat pendedahan mengejutkan mendakwa menjadi mangsa amang seksual bapanya.