fbpx

Pusat Tuisyen Atas Talian Jadi Tumpuan Pelajar Ketika PKP

Tidak dinafikan pandemik COVID-19 yang melanda negara tahun ini banyak membantutkan proses pembelajaran ramai pelajar di seluruh Malaysia. Namun, itu bukan penghalang untuk ribuan pelajar membanjiri pusat tuisyen yang menggunakan platform atas talian untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Salah sebuah pusat tuisyen online yang memasang impian bergelar Netflix untuk pendidikan, PTTI mendedahkan yang platform mereka menerima peningkatan lebih 10 kali ganda kemasukan pelajar sejak PKP dilaksanakan.

“Sebelum PKP dan PKPB dilaksanakan, bilangan pelajar kami hanya sekitar 100 orang namun selepas dua minggu arahan kerajaan itu dilaksanakan PTTI menerima banyak pertanyaan dan minat tentang kelas tusyen secara atas talian”

“Kami kini mempunyai 1,331 pelajar yang mengikuti kelas virtual kami termasuklah mereka dari Sabah dan Sarawak,” kata Siti Farhana yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI.

Beliau turut yakin yang kelas tuisyen secara atas talian merupakan penyelesaian terbaik untuk pembelajaran luar bilik darjah kerana ianya mampu memberikan gambaran yang lebih baik kepada para ibu bapa yang memantau perkembangan anak mereka.

Siti Farhana menerusi PTTi juga merupakan salah seorang penerima insentif di bawah Pakej Ekonomi PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberikan 27 orang kakitangannya susbsidi upah sebanyak RM1,200.

Program rangsangan itu diteruskan di bawah PENJANA di mana kakitangan PTTI yang layak bakal menerima RM600 sebagai subsidi upah.

“Subsidi upah yang diumumkan kerajaan membantu PTTI menguruskan kos ketika waktu yang sangat mencabar ini kerana kos kakitangan sendiri merangkumi hampir 40% dari kos keseluruhan operasi PTTI,” tambahnya lagi.