fbpx

Pulanglah…Sedihnya Video Wawa Zainal Kongsikan Ni, Nangis Berjemaah

Memang nangis berjemaah tengok video lakonan Wawa Zainal, suami Aeril Zafrel dan anak sulung mereka Hayla dalam video Raya Wawa Cosmectic yang dikongsikan di Instagram miliknya sebentar tadi.

Ditambah pula lakonan anak sulung pasangan sejoli ini, berjurai air mata kami menontonnya. Tak sangka betul, pandai si Hayla ni berlakon. Betul-betul menghayati. Tak percaya? Ha, anda tengoklah sendiri.

Kata Wawa, ini adalah lakonan kedua Hayla di bawah production Wawa sendiri. Video lakonan pertamanya belum lagi dikeluarkan.

“Hayla memang minat berlakon jadi why not untuk kita sama-sama jayakan video sempena kempen Raya Wawa Cosmetics tahun ini. Tak sangka pula Hayla boleh berlakon dan hayati watak yang diberi.”

Bila kami bertanyakan tentang penghayatan watak Hayla dalam video ini, ini jawapan Wawa.

“Itulah Hayla ni macam gifted tau, krew pun macam senang jer bagi arahan pada Hayla untuk menangis, jadi dia terus nangis jer.”

Wah, selepas ini dah ada bakat baharu lah dalam industri kita. Boleh on dahni movie lakonan satu keluarga pula lepas ni. Hehe…

Tambah Wawa, mereka mula shooting pada minggu pertama puasa di sekitar Klang. Pergh, terbaik betul. Boleh tahan lapar dahaga dorang.

Tapi serius pengorbanan dorang untuk jayakan kempen Raya ini betul terbalas apabila dapat komen positif dari netizen. Lakonan dorang sampai sehingga ke hati sebab ramai yang menangis. Ada satu komen tu cakap dia dan anaknya yang berumur 4 tahun pun nangis gais. Haish, sebak betul.

Apa yang menjentik hati kami adalah ia berdasarkan kisah benar di mana salah seorang anak team Wawa Cosmetic yang mengalami pengalaman seperti ini. Haih, lagi lah menusuk ke jiwa!

Bagi kami, video Raya dari Wawa dan team ini adalah salah satu video Raya yang best dan terbaik bagi tahun ini yang pernah kami tonton. Apa pendapat anda pula?