PU Syed Tegur Foto Selfie Nabila Huda Bersama Anjing

Baru-baru ini foto Nabila Huda di Instagram bersama seekor anjing baka Husky ketika bercuti di New Zealand menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, Nabila awal-awal lagi memaklumkan bahawa dia sudah pun menyamak selepas bermain dengan haiwan tersebut.

Foto tersebut turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed yang menegur pelakon itu. PU Syed berkata, perbuatan tersebut seolah sudah menjadi kebiasan di kalagan selbriti.

BACA: Gambar Pegang Husky, Nabila Huda Beri Penjelasan Awal-Awal

Malah, PU Syed turut menegur babak bersentuahn dan berpelukan dalam drama yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah dan menjadi tontonan peminat.

“Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa dikalangan mereka.

“Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara2 dosa lain yg sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kpd peminat mereka. Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pada Agama.

PU Syed turut menjelaskan bahawa setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis dan menegaskan agar peminatnya beragama Islam tidak terikut dengan aksi tersebut. PU Syed turut mengatakan,  Abil tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut bimbang boleh mengundang fitnah.

“Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yang menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat beliau,” tulisnya.

×