PU Azman Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Remaja Lelaki
Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.
Memetik Kosmo, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
BACA: Update Gambar Selepas Sebulan Hilang, PU Azman Nampak Cengkung
Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun.
Perbuatan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu.
Tertuduh turut melakukan perbuatan sama terhadap mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan fi dalam sebuah bilik di rumah yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari lalu dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam tertuduh bagaimana memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Tertuduh juga perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan paspot diserahkan kepada mahkamah.Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.
- SUMBER
- Kosmo
Oh no…disgusting…
Sian.. Mmber cover tangan sbb kena gari! Diprmudahkn segala urusan
Kenapa penunggang agama kat malaysia ni ramai yg melakukan jenayah seksual? apa jenis islam yang diorang amalkan? macam songsang je
Bagi menghindari ugama Islam beserta pendakwahnya dihina dimata org Islam dan bukan Islam semua pendakwah dimestikan menandatangi statutory declaration dgn pengakuan secara teperinci tidak mengamalkan perbuatan sonsang serta apa jua perbuatan yg boleh memperlekehkan ugama suci Islam SEBELUM dibenarkan mengambil bahgian dlm apa juga program berbentuk dakwah dan ugama. Setidak2nya ada peringatan awal dan mekanisma undang2 bertujuan menyedarkan pelaku akan risiko tindakan mereka. Statutory declaration ini juga memperincikan denda monitori dan tindakan yg akan diambil sekiranya melanggar kandungan dokumen tersebut. Lebih extrim suruh akat sumpah laknat kat masjid SEBELUM diterima jd peserta atau pendakwah. Nak buat mcm mana kita dah sampai keperingkat tenat dlm hal dakwah sekalipun.
Kena gari?? Ayoyo malunya..polis sbelah tu pun cam nk ketawakan dia je hehe
Pejuang LGBTQ kena gari
Cikman berada di tahap yg paling bawah dlm hidup dia. Hilang maruah, hilang pendapatan, hilang kepercayaan, boleh jadi hilang keluarga..
Satu kejahatan yg dibuat, Allah balas satu kejahatan cash di dunia. Kalaupun dah bertaubat, kesalahan itu tetap dibalas setimpal di dunia ni. Baru dilepaskan di akhirat.
10 kejahatan you buat, you akn terima 10 keburukan kat dunia ni.
Allah balas dlm macam2 bentuk
1. Sakit, depress, fikir nak mati
2. Jiwa kacau
3. Hidup porak peranda
4. Miskin
5. Keluarga pecah belah
6. Terlalu mcm2 cara Allah akan balas cash kejatahan tu
Tak berbaloi buat jahat sbb akhirnya you akan terima kesan dia kat dunia lagi. You tak boleh lari dari musibah tu.
Bila bertaubat, you dah reset balik hidup you kpd lebih baik.
Peluang taubat sentiasa terbuka cikman..
dunia akhir zaman…
ustaz yg baik2 ramai dengki…
semoga permudahkan segala urusan ustaz..
kau memandai je orang dengki dia, mana kau tahu dia tak buat mende tu boodh?
@Terkomen, aku tak tahu dia buat keja tu ke dia tak buat, kau pun begitu juga. Kalau dibuktikan dia tak buat, betul lah kata kau ramai dengki. Tp kalau dia betul buat camna pula dengan tuduhan dengki tu. Ada juga wargamaya yg kata fitnah. Sama juga kalu dia tak buat fitnahlah tp kalau dia buat adakah org yg tuduh fitnah tu pulak yg fitnah sbb perkara benar dia kata fitnah.