Korang pernah tengok projek akhir pelajar universiti yang gempak, tapi lepas grad terus senyap je masuk stor? Sayangnya lahhh. Tapi berita baik, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) nak ubah semua tu.
Menurut CEO YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh, projek-projek pelajar ni sebenarnya ada potensi untuk dikomersialkan, dan bukan sekadar dapat markah A lepas tu dilupakan. Melalui program macam My I.S. Perintis, YIM bantu naik taraf projek akhir tahun pelajar ke peringkat lebih tinggi, dari prototaip, terus ke pasaran. Fuh!
“Kebanyakan pelajar simpan je projek lepas grad, tapi dengan bantuan kami, projek tu boleh jadi sumber pendapatan dan buka peluang pekerjaan,” kata Dr. Sharmila semasa ditemui di tayangan filem Mission Impossible baru-baru ni.
YIM ni bukan baru semalam wujud ya. Ia ditubuhkan sejak 2008, bawah MOSTI yang memfokuskan pada inovasi sosial dan akar umbi. Diorang dah bantu lebih 220 projek seluruh negara, termasuk produk cendawan kat Kelantan yang nampak simple je, tapi mampu bagi kerja pada 40 orang. RM300k dana, pulangan? RM3.6 juta. Padu weh.
Inovasi Untuk Semua — Termasuk Warga Emas!
Menariknya, usaha YIM ni bukan untuk golongan muda je. Dr. Sharmila juga tekankan inovasi boleh bantu golongan warga emas, yang dijangka mencecah 9 juta orang menjelang 2050. Ramai yang masih sihat dan boleh menyumbang, cuma perlu teknologi yang sesuai.
YIM tengah gerak kerja dengan startup tempatan untuk bina penyelesaian teknologi yang bantu orang tua kita hidup lebih selesa, lebih berdikari, dan kalau boleh, masih boleh jana pendapatan.
Dari Projek Biasa Jadi Produk Luar Biasa
Contoh paling win-win adalah projek Crispy Kulat Kerang yang mana dari cendawan hampir pupus, kini telah jadi snek sihat berkhasiat. Bukan itu je gais, Chanteek Borneo iaitu corak etnik Sabah pun turut dimodenkan jadi tekstil moden. Ada lagi, Pentagon Math yang mana app belajar matematik dengan lagu dan AI, siap ada e-store reward system lagi! Semuanya hebat belaka gais.
So… Apa Point Dia?
Kalau korang ada idea atau projek yang rasa power tapi tak tahu nak buat apa lepas grad, jangan simpan dalam kotak bawah katil. Try explore platform YIM, join MyIS Perintis, atau follow updates di laman rasmi https://www.yim.my dan media sosial @yayasaninovasi.
Sebab mana tahu, dari assignment akhir sem jadi punca pendapatan sebenar.