fbpx

Program Komedi Harith Iskander Disiarkan Di Netflix

Selepas memenangi Anugerah Manusia Paling Lucu di Dunia pada tahun 2016, makin murah rezeki pelakon dan pelawak Harith Iskander.

Lebih membanggakan, tidak lama lagi, Harith Iskander bakal muncul dalam rancangan khas program komedi “I Told You So” menerusi video dalam talian paling popular iaitu Neflix.

Rancangan itu menampilkan bintang komedi dari Asia Tenggara dan akan ditayangkan di seluruh dunia pada 19 Januari ini.

Harith berkata, dia berasa bangga apabila diberi peluang untuk berkarya di saluran popular dunia itu.

“Netflix memang global dan program ini akan dilihat di mana-mana negara yang ada Netflix. Bila dijemput tahun lepas, saya memang terkejut tapi begitu bangga.

“Netflix memberi peluang saya berkarya. Bila saya nak cuba ubah konsep lawak untuk orang Amerika ke apa, mereka kata tidak,” katanya.

Tambahnya lagi, ianya peluang terbaik yang tidak akan dilepaskan dan pelawak juga di beri kebebasan untuk berkarya.

Sumber: The Malaysian Insight